Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFizi Ali Rujuk Pakar Selesai Isu Hak Penjagaan Anak – ‘Bukan Nak...

    Fizi Ali Rujuk Pakar Selesai Isu Hak Penjagaan Anak – ‘Bukan Nak Tunjuk Saya Banyak Duit Atau Berlagak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyampai radio, Fizi Ali memberi nasihat kepada pasangan yang sudah bercerai di luar sana agar merujuk kepada pihak yang lebih pakar dalam menyelesaikan isu berkaitan hadanah iaitu hak penjagaan anak.

    Saya upah peguam

    Memetik laporan Harian Metro, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin berkata, kadangkala, perbincangan memerlukan orang ketiga seperti peguam untuk memastikan proses perbincangan lebih lancar.

    Berkaitan isu anak ini, sebab itulah saya banyak beri nasihat kepada orang. Bukan saya ini pandai sangat. Cuma, kalau ada masalah begini, rujuk kepada pihak sepatutnya. Itu yang saya lakukan, saya upah peguam dan sebagainya.

    Bukan nak tunjuk saya banyak duit atau berlagak. Kadangkala, apabila perbincangan dua pihak ini tidak berjaya, kena ada orang ketiga untuk selesaikan dan orang ketiga itu adalah peguam.

    Tambah Fizi, setiap kali timbul pertanyaan atau keraguan, dia akan merujuk kepada peguamnya yang akan menjadi perantara untuk berbincang dengan peguam pihak bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

    Peguam menyelesaikan dan beri cadangan. Apabila dah ada persetujuan, lebih senang untuk bawa ke mahkamah. Sebab itulah saya lebih tenang.

    Kalau ada apa-apa keraguan, saya bincang dengan peguam dan dia akan berbincang dengan peguam pihak sana dan selesai.

    Berbicara lebih lanjut, Fizi yang kini menjalani hadanah interim atau sementara dan mendapat kebenaran untuk bertemu anaknya, Ameena Sofia selama tiga hari setiap dua minggu.

    Sekarang, saya dapat bersama Ameena tiga hari setiap dua minggu. Insya-Allah, kami akan selesaikan dalam masa beberapa bulan ini dan kami akan bertemu hakim.

    Hadanah belum lagi selesai. Hadanah ada dua, iaitu hadanah sementara dan hadanah kekal. Hadanah sementara dah selesai sebab dia yang failkan. Sekarang, kami menunggu hadanah kekal pula.

    Jadi, apabila keluar keputusan hadanah kekal, hadanah sementara ini akan hilang dan kami akan ikuti keputusan hadanah kekal sepenuhnya.

    Hakim akan tentukan keputusannya. Hadanah kekal ini mungkin dalam dua bulan lagi sebab kami belum dapat tarikh spesifik.

    ALSO READ:  Kewajipan Fardhu Ain Umat Islam, Ini Syarat Wajib & Waktu Tunaikan Zakat Fitrah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts