Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFizi Ali Seronok Jaga Nurraisya Sofea, Guna Pengalaman Anak Pertama Urus Bayi...

    Fizi Ali Seronok Jaga Nurraisya Sofea, Guna Pengalaman Anak Pertama Urus Bayi – ‘Ameena Pun Teruja, Jumpa Adik Dia Akan Gomol’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Fizi AliFizi Ali

    Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali mengakui seronok menjaga puteri bongsunya, Nurraisya Sofea yang dilahirkan pada 7 Julai lalu.

    ‘Enjoy jaga baby’

    Fizi AliFizi Ali

    Meskipun sibuk dengan tugasan kerja, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin berkata, dia gembira menikmati setiap detik yang diluangkan bersama bayi berusia tiga bulan itu dan dua anaknya yang lain.

    Rasa seronok sebab ada anak kecil ini lain. Jaga anak lebih besar lain, jaga anak ketika bayi pun lain. Nak jaga ‘baby’ ini kena berikan 24 jam perhatian dan alhamdulillah saya ‘enjoy’ dengan apa yang saya buat sekarang.

    Kakak-kakak (dua anak perempuan) pun alhamdulillah dan seperti semua tahu, saya ada hak penjagaan sementara bersama Ameena, yang dipersetujui oleh pihak sana (bekas isteri) dan juga pihak saya.

    Dua minggu sekali saya akan jaga Ameena. Bila Ameena jumpa adik dia, dia teruja, dia akan cium dan gomol adik dia.

    Pengalaman jadi ibu bapa

    fizifizi

    Tambah Fizi, dia dan isteri, Siti Zulaikha tiada masalah dalam pembahagian tugas menjaga bayi mereka memandangkan masing-masing mempunyai pengalaman hasil perkahwinan sebelum ini.

    Menguruskan anak, alhamdulillah tiada masalah, sebab ini bukan anak pertama isteri saya dan juga bukan anak pertama saya, jadi kita menggunakan pengalaman semua untuk membesarkan anak kami bersama.

    Sememangnya pengalaman lama banyak mengajar kami, jadi alhamdulillah itu memudahkan kami pun sudah semakin cekap.

    Ragam ‘baby’ kali ini pun macam ragam anak yang lain, nak susu tengah malam, jadi kami bergilir-gilir. Alhamdulillah, kami bekerjasama dan semuanya menjadi mudah.

    Sekadar info, Fizi dan Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu dan menerusi perkahwinan terdahulu, masing-masing dikurniakan anak perempuan.

    ALSO READ:  Rizky Febian & Mahalini Diarah Hadir Ke Mahkamah 4 November – ‘Mereka Belum Daftar Perkahwinan Selepas Lima Bulan Bernikah’

    Sebelum ini, Fizi pernah berkahwin dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofea.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts