Baru-baru ini, nama pereka fesyen tempatan, Fiziwoo mengundang kecaman netizen apabila berkongsi satu video di media sosial.
Fiziwoo, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, memaparkan aktor kontroversi, Aliff Aziz yang dilihat menggayakan pakaian koleksi terbaharu berkenaan di sebuah acara.
“Aliff Aziz in FIZIWOO SS25, bringing bold style to the Narco Night tribute event.”-kapsyen Fiziwoo di Instagram
View this post on Instagram
Dikecam Netizen!
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan kecaman terhadap pereka fesyen ini yang disifatkan ‘sengaja’ mencetuskan kontroversi dengan perkongsian video aktor kontroversi tersebut.
“Eh haritu raya ambik perempuan tu..”
“Inilah strategi pemasaran.”
“Haritu Ruhainies, sekarang Aliff Aziz elok laa bestfriend.”
“Sengaja mencari viral.”
“Mesti viral lagi.”
“Sebab dia guna artis kontroversi la akan naik FYP.”
“Tiber rasa nak unfollow.”
“Memang suka ambik artis yang bermasalah ke.”
“Bad and cheap marketing.”
“Its time to unfollow.”
Fiziwoo Tampil Bersuara
Tidak berdiam diri, Fiziwoo tampil memberikan penjelasan bahawa Aliff Aziz bukanlah duta rasmi bagi koleksi terbaharu dan aktor berkenaan membeli dan menggayakan pakaian koleksi mereka.
“Aliff Aziz bukan duta rasmi untuk koleksi ini. Dia adalah klien yang membeli dan memakainya pada show baru-baru ini dan international show yang akan datang. Kami di Fiziwoo meraikan semua orang. Peace. No hate.”-jelas Fiziwoo
Apa komen anda?