Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFizz Fairuz Ajak Peminat Ke Bera, Seronok Sertai Moh Karnival Makmur

    Fizz Fairuz Ajak Peminat Ke Bera, Seronok Sertai Moh Karnival Makmur

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    fizz fairuz berafizz fairuz bera

    Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz teruja apabila dapat kembali ke Negeri Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan di daerah Bera bermula Jumaat sehingga Ahad ini.

    Sedia banyak aktiviti

    fizz fairuz 2fizz fairuz 2

    Menurut Fizz, 44, karnival yang sudah menjadi sebahagian daripada identiti Negeri dengan jolokan Tok Gajah itu begitu dekat di hatinya sementelah dia dapat bersama-sama dengan masyarakat sekitar melakukan pelbagai aktiviti.

    Ini yang seronoknya apabila dapat bersama-sama dengan orang kampung dan melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka. Sebab itu bila dijemput menjadi sebahagian daripada selebriti terlibat, saya terima dengan hati yang terbuka.

    Ini juga masa untuk saya berterima kasih kepada masyarakat Bera dan kawasan sekitar. Mereka banyak membantu dan menyokong kerjaya seni saya sejak dahulu lagi. Saya tunggu kehadiran mereka.

    Kata bapa kepada empat cahaya mata ini, Moh Karnival Makmur dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang disokong oleh Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan termasuklah dan beberapa pihak lain.

    Selain itu pihak Tourism Pahang juga giat membantu dari segi mempromosikan karnival dan Negeri ke mata dunia.

    Promosi tempat menarik

    fizz fairuz 223fizz fairuz 223

    Tambah Fizz lagi, ini juga menjadi agenda penting baginya untuk sama-sama mempromosikan pelbagai destinasi menarik di Pahang yang kaya dengan khazanah flora dan fauna serta warisan lain.

    Memang benar, Pahang merupakan sebuah Negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah dan destinasi menarik, ini masa untuk kita sama-sama melawat dan memberikan sokongan padu kepada agenda murni ini.

    Sudah tentu saya mahu seluruh penduduk kawasan sekitar Bera dan Malaysia amnya datang ke Moh Karnival Makmur kali ini untuk kita mengenali dengan lebih dekat daerah istimewa ini.

    Selain Fizz, antara artis yang terlibat sama termasuklah kumpulan UNIC, PU Lokman, Maulana Johari dan Kumpulan Nur Al Badar yang terlibat sempena malam Bera Berselawat dan Bermunajat.

    ALSO READ:  Tahniah! Sean Lee Akhirnya Tamat Zaman Bujang

    Tidak ketinggalan, konsert mini turut diadakan di Dataran Kerayong membariskan penyanyi popular tanah air termasuklah Zamani Slam, Baggio Damasutra dan Shafie Rio yang dihoskan oleh Kieran dan Jue Aziz pada Sabtu.

    Kali ini, Moh Karnival Makmur dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdi pada Sabtu selain pelbagai aktiviti yang sudah diatur khusus untuk pengunjung termasuklah pembukaan kaunter agensi kerajaan dan booth Institut Jantung Negara.

    Pelbagai aktiviti diatur oleh pihak penganjur untuk pengunjung. Saya berharap penduduk tidak melepaskan peluang untuk sama-sama terlibat dalam karnival ini.

    Ramai juga rakan-rakan selebriti berniaga. Apa kata kita bertemu dan sama-sama beramah mesra selain dapat beramah mesra dengan pemimpin setempat. Ini masa untuk kita menjalinkan ukhwah dan kerjasama.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts