Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz berkongsi khabar apabila isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata kelima pada pagi ini.
Khabar gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Fizz Fairuz menerusi hantaran di Instagram, menitipkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya matanya bersama Almy Nadia selain berterima kasih buat doa orang ramai buat mereka berdua.
“Alhamdulillah, isteri saya dah selamat melahirkan anak ke-5 saya. Terima kasih pada yang mendoakan.”-tulis Fizz Fairuz di Instagram
View this post on Instagram
Dibanjiri Ucapan Tahniah & Doa
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar bayi mereka membesar dengan baik .
“Yehuuuuuu tahniahhhhh.”-Sharnaaz Ahmad
“Alhamdulilah… syukur… hebat…”-Nazia Mustafar
“Alhamdulillah tahniah both of you! ❤️❤️❤️❤️.”-Emelda Rosemila
“ALHAMDULILLAH❤️❤️❤️ DATOOO SEHAT TERUS DATIN 😍.”-Mimi Peri
“Tahniah Dato and wife. Girl ke boy Dato?.”
“Tahniah Dato dan Datin. Semoga kehadiran malaikat kecil ini mengukuhkan lagi kasih sayang kalian sekeluarga.”
Achey Kantoi Dedah Jantina Bayi?
Di sebalik ramai yang memberikan ucapan tahniah di atas kelahiran cahaya mata Fizz Fairuz dan Almy Nadia, komen salah seorang rakan selebriti yang merupakan seorang pelawak iaitu Achey mencuri perhatian ramai apabila ‘kantoi’ mendedahkan jantina bayi iaitu bayi lelaki.
“Yezzaaa akhirnyaaa belalai.”- komen Achey
Sekadar info, Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga bersama Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah pada 26 April 2014.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, dan Nur Afrina Aisyah.
Fizz dan Almy turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nur Afrina Darwisyah yang kini berusia lima tahun.