Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFOTO: Afgan Terharu Peminat Setia Selama 17 Tahun, Konsert ADA Jadi Kenangan...

    FOTO: Afgan Terharu Peminat Setia Selama 17 Tahun, Konsert ADA Jadi Kenangan ‘Mahal’ Lyodra

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    afgan lyodraafgan lyodra

    Gabungan suara penyanyi terkenal Indonesia, Afgan dengan Juara Indonesian Idol musim ke-10 pada 2020, Lyodra ‘menghayutkan’ penonton yang hadir ke konsert ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’, pada Sabtu.

    Malam paling indah

    LyodraLyodra

    Lyodra yang pertama kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur menyifatkan malam tersebut menjadi momen istimewa yang pernah terjadi dalam kehidupannya.

    Kalau Afgan dia sudah selalu datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert.

    Tapi kalau saya, malam ini sangat istimewa sebab ini adalah kali pertama saya adakan konsert di Kuala Lumpur.

    Setia selama 17 tahun

    Afgan LyodraAfgan Lyodra

    Manakala, Afgan, 35, berasa terharu kerana peminat-peminat masih setia memberi sokongan terhadap hasil karyanya sebagai anak seni sejak 17 tahun yang lalu.

    Saya sangat teruja dapat kembali ke rumah kedua saya. Pengalaman malam ini sungguh luar biasa. Saya berasa teruja dapat berkongsi pentas dengan Lyodra dan berinteraksi secara lebih intim dengan peminat saya di Kuala Lumpur.

    Terima kasih kerana masih menerima muzik (lagu) lama dan lagu-lagu baru saya. 17 tahun (peminat) masih bersama, setia sentiasa datang ke konsert saya tanpa rasa bosan. 17 tahun itu sangat lama. Saya sayang anda semua.

    Dalam masa sama, pemilik nama Afgansyah Reza, tidak menyangka lagu Ada yang dilancarkan pada tahun lepas nyanyian bersama Lyodra mendapat tempat di hati pendengar.

    Tak sangka lagu yang kami lancarkan tahun lepas akan mendapat sambutan dan terus menjadi konsert. Kami berdua nak ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana telah menyokong karya kami.

    Pada malam yang disaksikan ribuan penonton, Afgan dan Lyodra mempersembahkan 20 lagu hits seperti Kamu Yang Ku Tunggu, Tak Dianggap, Sang Dewi, Untukmu Aku Bertahan, Jodoh Pasti Bertemu, Bawalah Cintaku dan Ada.

    ALSO READ:  Turun 4Kg Seminggu, Dr. Soo Wincci Dedah Setiap Hari Kena Rajin Amal Satu Menu Detoks Ini

    Konsert yang berlokasi di Mega Star Arena, Kuala Lumpur dianjurkan oleh syarikat penganjur konsert terkenal, Kharisma Music (KM) bersama jenama kosmetik, Alha Alfa, dengan Intan Gelombang dan Futurace.

    Di samping itu, pendatang baharu berbakat besar, Ash Fasryll membuka ‘mood gelanggang’ dengan menyanyikan lagu ‘Nyaman’ oleh penyanyi hebat Indonesia, Andmesh Kamaleng.

    Foto

    Afgan LyodraAfgan Lyodra

    Afgan LyodraAfgan Lyodra

    Afgan LyodraAfgan Lyodra

    Afgan LyodraAfgan Lyodra

    afganafgan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts