Personaliti media sosial, Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik foto dirinya lengkap berbusana pengantin.
Pakai busana pengantin
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ameera yang lebih mesra disapa Little Miss Khan memuat naik beberapa gambar dirinya sewaktu berada di sebuah butik pakaian pengantin.
Dapat dilihat, Ameera mencuba beberapa helai busana pengantin berona putih di butik berkenaan.
Saya rasa saya nak berkahwin dengan awak.
Perkongsian tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen samada adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu sekadar melakukan konten di media sosialnya atau benar-benar sedang menunggu waktu untuk mendirikan rumah tangga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat kecantikan Ameera yang sungguh anggun mengenakan busana pengantin tersebut.