Baru-baru ini, jenama mewah Chanel telah dikritik hebat oleh warganet Korea Selatan selepas mereka menemui harga beg tangan yang dimiliki oleh BLACKPINK Jennie.
Reaksi itu muncul selepas seorang warganet menyiarkan semula beg Chanel yang dibawa oleh Jennie ketika di berada di Capri, Itali. Ketika Jennie berada di Capri pada Jun 2024, dia telah dirakam membawa beg tangan Chanel Mini 22 yang dipadankan dengan pakaian santai berona krim.
Walaupun penampilannya itu memberi inspirasi untuk peminat mencipta semula rupa yang serupa, warganet mula mencari item yang seakan sama dengannya. Tetapi apabila mereka melihat beg itu, ramai yang terkejut kerana ia berharga sekitar RM25,499.90 (₩8,220,000).
Melihatkan harga yang tak masuk akal ini, ramai yang mula mengkritik Chanel kerana ia hanya menjual dengan harga yang tinggi hanya untuk jenama itu sendiri dan bukannya disebabkan oleh kualiti.
Apa pula pendapat kamu?