Selepas muncul mengaku bapa kepada anak model Moon Gabi, pelakon Jung Woo Sung sekali lagi menjadi perhatian ramai. Kali ini disebabkan oleh tangkapan skrin (screenshots) mesej (DM) beberapa pengguna wanita bukan selebriti dengan pelakon tersebut.
Dipetik daripada AllKpop, beberapa komuniti dalam talian berkongsi screenshots DM yang kononnya dihantar oleh Jung Woo Sung kepada beberapa wanita bukan selebriti di Instagram.
Untuk screenshot pertama, Woo Sung memulakan perbualan dengan memuji wanita “A” dengan menyifatkan profesionnya sebagai sesuatu yang mengagumkan. Bimbang mesej tersebut digodam, Woo Sung memberitahu dia melihat suapan (feed) wanita “A” dan mahu untuk bertanya khabar.
Dalam screenshots tersebut, Woo Sung meneruskan perbualan dengan berkongsi foto langit dan juga bertanya tentang rutin harian wanita “A”. Dua hari selepas interaksi pertama mereka, pelakon itu mahu berkongsi nombor telefon peribadinya, seperti mahu memberi ‘hint’ supaya komunikasi mereka dilanjutkan di aplikasi teks atau pemesejan.
DM tersebut dipercayai bermula pada tahun 2021, ketika Woo Sung terlibat dalam siri Netflix “The Silent Sea”.
Manakala perbualan dengan wanita “B”, Woo Sung memulakan perbualan dengan menyatakan wanita tersebut sebagai nakal.
Wanita “C” pula, Woo Sung memulakan mesej dengan menyatakan dia berasa marah kerana berasa sukar untuk bertanya khabar dan hanya boleh melihat feed sahaja.
Walaupun kesahihannya tidak dapat disahkan, kemunculan wanita-wanita ini berkongsi screenshots perbualan dengan Woo Sung telah mencetuskan pelbagai reaksi.
Apa pendapat kamu?