Pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian apabila memuat naik momen dirinya yang meluangkan masa bersama anaknya, Nur Fatima Aisya menerusi Instagram (IG).
Luang masa bersama Fatima
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian tersebut, Fattah dan Fatima dilihat sedang merakam diri mereka melakukan ekspresi wajah yang kelakar dengan menggunakan kamera telefon bimbit.
Pelakon filem ‘Kl Special Force’ turut memuat naik foto dirinya dan Fatima meluangkan masa bersama keluarga besarnya di sebuah restoran.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mendoakan agar Fattah kembali bersatu dengan Fazura.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta pelakon berusia 34 tahun itu agar memujuk bekas isterinya.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini bagaimanapun sah bercerai pada 7 Oktober lalu.
Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.