Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gara-Gara Video Bercium Dengan Dilraba Dilmurat, Influencer China Ini Diserang Dengan...

    [FOTO] Gara-Gara Video Bercium Dengan Dilraba Dilmurat, Influencer China Ini Diserang Dengan Peminat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cuba memasukkan diri sendiri dalam naratif drama tersebut mungkin bukan idea yang terbaik.

    Dipetik daripada Oriental Daily, seorang pempengaruh (indfluencer) China yang dikenali sebagai Hong Liang telah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menjadikannya seolah-olah sedang bercium dengan pelakon terkenal, Dilraba Dilmurat.

    Liang yang menggunakan kesan khas AI, telah menyunting dirinya pada wajah Yang Yang, pelakon bagi drama ‘You Are My Glory’ dalam salah satu adegan iaitu adegan ciuman antara dua pelakon utama itu.

    Foto – Oriental Daily / Asia One

    Video yang telah disunting itu kemudiannya tular di media sosial Chona, menyebabkan ramai peminat Dilraba mendesaknya untuk memadamkannya. Manakala sesetengah peminat mendakwa Liang sudah melampaui batas.

    Liang kemudiannya berkongsi ada beberapa peminat Dilraba telah menyerangnya di tempat kerjanya hingga menyebabkan dia mengalami luka dan kecederaan di wajah.

    Foto – Oriental Daily / Next Shark

    “Beberapa peminat Dilraba yang semuanya kelihatan berusia 20-an telah menjejaki lokasi saya dan datang menyerang di pejabat. Dan kesan pada wajah saya inilah bukti perbuatan mereka”, tulisnya dalam satu catatan sebelum memadamnya bersama video yang tular.

    Memuat naik gambarnya dengan kesan lebam dan parut akibat serangan tersebut, segelintir peminat tidak berasa simpati terhadap kelakuannya.

    Apa pendapat kamu?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts