Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, January 8, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Halang Pergi Ke Delhi, Hrithik Roshan Throwback Lompat Atas Kereta Salman...

    [FOTO] Halang Pergi Ke Delhi, Hrithik Roshan Throwback Lompat Atas Kereta Salman Khan & SRK

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Throwback beberapa gambar di Instagram, aktor Hritik Roshan berkongsi dia telah membantu bapanya, Rakesh Roshan, dalam penggambaran ‘Karan Arjun’ ketika berusia 17 tahun.

    Dalam posting khas yang dinamakan “Pengalaman Karan Arjun” itu, Hrithik menceritakan bagaimana dia bersemangat menjadi seorang budak baru di set filem dan mahu membantu bapanya dalam segala cara.

    View this post on Instagram

    A post shared by Hrithik Roshan (@hrithikroshan)

    Hrithik juga menceritakan dia mempelajari banyak perkara daripada Shah Rukh Khan (SRK) dan Salman Khan. Dia juga berkongsi satu insiden yang tak dapat dilupakan iaitu melompat ke atas kereta Salman & SRK untuk menghalang mereka pergi ke Delhi di tengah-tengah penggambaran.

    View this post on Instagram

    A post shared by Hrithik Roshan (@hrithikroshan)

    Hrithik mendedahkan bagaimana Salman dan SRK perlu melaporkan diri di set pada pukul 6 pagi dan kedua-dua aktor itu memutuskan untuk ke Delhi pada hari sebelumnya.

    “Semasa lagu ‘Bhangda Paale’, pada suatu lewat malam, sepasukan kakitangan Salman dan SRK memutuskan untuk meninggalkan Sariska dengan kereta dan memandu ke Delhi dengan berjanji untuk kembali pada waktu pagi. Saya terkejut dan melompat ke bonet kereta untuk hentikan mereka. Waktu panggilan adalah 6 pagi, dan saya perlu pastikan ayah saya tidak kehilangan hari itu.”

    Dia kemudiannya memuji dua aktor itu kerana telah menjadi jurulatih lakonannya ketika itu. Katanya dengan menonton bagaimana kedua-duanya berlakon, adalah satu pengalaman terbaik untuknya.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts