Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, January 20, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kronologi Serangan Ke Atas Saif Ali Khan, Ini Yang Berlaku Dalam...

    [FOTO] Kronologi Serangan Ke Atas Saif Ali Khan, Ini Yang Berlaku Dalam Masa 30 Minit

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mengejutkan orang ramai, pelakon Saif Ali Khan telah diserang pada awal pagi Khamis (16 Januari 2025) lalu, oleh penceroboh bersenjatakan pisau. Kejadian itu berlaku di kediamannya yang terletak di Bandra, Mumbai.

    Pelakon itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan. Menurut pegawai polis, semasa memasuki rumah Saif, suspek terlibat dalam pertengkaran fizikal dengan pelakon itu.

    Dalam masa tiga hari, beberapa imej dan rakaman CCTV suspek telah muncul, mengesahkan kehadirannya di lokasi berbeza selepas serangan kejam terhadap pelakon itu.

    Foto – Times of India / Wion
    • 1.37 pagi: Visual CCTV menunjukkan suspek menaiki tangga rumah. Dalam rakaman tersebut, suspek dilihat memasuki rumah secara curi-curi dengan kain menutup wajahnya.
    • 2 pagi: Kehadiran suspek yang berada dalam bilik Jeh Ali Khan disedari oleh pembantu rumah, Eliyama Philip. Mendengar kekecohan itu, Saif dan isterinya, Kareena Kapoor bergegas ke bilik Jeh dan pelakon itu cedera dalam pergelutan tersebut.
    • 2.33 pagi: Suspek sekali lagi dirakam CCTV, apabila dia bergegas menuruni tangga. Kali ini wajahnya jelah apabila kain menutup wajah dililitkan di leher.
    • 2.47 pagi: Selepas 14 minit kemudian, Saif tiba di Hospital Lilavati bersama anak, Taimur Ali Khan, dan pembantu rumah.
    View this post on Instagram

    A post shared by Masala! (@masalauae)

    Pelakon itu dilaporkan mengalami kecederaan di leher, bahu kanan, belakang, pergelangan tangan dan siku, di mana pendarahan boleh dilihat. Manakala Geeta, pembantu rumahnya pula mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kanan, belakang dan mukanya.

    Foto – @@ManobalaV (X)

    Dr. Neeraj Uttamani, Ketua Pegawai Operasi Hospital Lilavati, yang mengeluarkan sekeping pisau 2.5 inci, mendedahkan Saif hampir berdepan dengan bahaya jika pisau yang digunakan oleh penceroboh menikam 2mm lebih dalam di bahagian tulang belakangnya.

    Foto – India TV / NDTV

    Shariful Islam Shehzad Mohammad Rohilla telah ditahan di daerah Thane. Pihak polis mendedahkan suspek memasuki India secara haram dan menetap di Mumbai sejak 4 bulan lalu. Dia juga telah menukar namanya kepada Bijoy Das selepas memasuki India.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts