Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, February 4, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Memalukan! Bianca Censori Bakal Dipenjara Selepas Bogel Di Anugerah Grammy 2025

    [FOTO] Memalukan! Bianca Censori Bakal Dipenjara Selepas Bogel Di Anugerah Grammy 2025

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sentiasa tampil dengan pilihan fesyen yang sangat pelik dan ganjil, baru-baru ini Bianca Censori telah mengejutkan orang ramai dengan penampilan yang agak memalukan di Anugerah Grammy ke-67.

    Muncul berposing di karpet merah acara tersebut, Bianca turut ditemani oleh suaminya, Kanye West, yang tampil mengenakan pakaian serba hitam. Walau bagaimanapun, semua mata lebih tertumpu kepada wanita berusia 30 tahun itu.

    Foto – Liputan 6 / Evoke

    Berposing dan berdiri di sebelah suaminya, Bianca melepaskan kot hitam miliknya itu untuk menunjukkan pakaian di bawahnya. Aksi spontannya itu membuatkan ramai terkejut apabila mendapati dia tidak memakai sebarang pakaian melainkan fabrik sheer yang menampakkan keseluruhan badannya.

    Foto – Yahoo / The Cut

    Walaupun bangga mempamerkan badannya yang bogel, Bianca didakwa berkemungkinan bakal berhadapan dengan hukuman penjara.

    Menurut beberapa laporan, Kanun Keseksaan California 34(1) menyebut pendedahan tidak senonoh sebagai “apabila seseorang mendedahkan badan atau kemaluannya yang bogel di hadapan sesiapa sahaja yang boleh marah atau tersinggung olehnya. Ia juga mesti “sengaja dan lucah” untuk dianggap sebagai jenayah.

    Foto – Mediaite

    Jika disabitkan kesalahan, Bianca bakal berdepan dengan hukuman sehingga enam bulan penjara atau denda maksimum $1000 (RM4445.51). Tetapi jika ianya berulang, dia boleh dijatuhi hukuman berat dengan minimum 10 tahun penjara.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts