Penuh dengan kontroversi, kali ini aktres Bollywood Rekha yang terkenal dengan rupa yang sangat anggun dan gerakan tarian yang memukau, berkongsi satu insiden ngeri yang mengejutkan orang ramai.
Menerusi buku biografi miliknya iaitu Rekha: The Untold Story, Rekha memberitahu dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual apabila dia telah dicumbu secara paksa oleh seorang aktor popular. Kejadian itu berlaku pada tahun 1969, ketika Rekha baru berusia 15 tahun.
Memulakan kerjaya sebagai pelakon utama, Rekha telah menandatangani filem ‘Anjana Safar’ (kemudiannya dinamakan semula ‘Do Shikari’, dan digandingkan dengan bintang besar iaitu Biswajit Chatterjee yang berusia 32 tahun ketika itu.
Insiden ngeri tersebut berlaku apabila pengarah Kuljit Pal telah berpakat dengan Biswajit untuk merakam adegan bercumbuan tanpa kebenaran Rekha. Pada awalnya adegan itu hanya memerlukan Biswajit untuk menatapi dan meminati Rekha sahaja, tetapi tanpa sebarang pemberitahuan, dia terus mencumbunya.
Rekha ketika itu berasa sangat terkejut. Biswajit telah menarik Rekha mendekatinya dan mencumbunya sehingga bibir aktres itu luka berdarah.
Kongsinya lagi, pengarah pula tidak berkata ‘cut’ dan tetap meneruskan adegan itu walaupun melihat Rekha tidak selesa. Selepas lima minit, Rekha yang terkejut dengan adegan itu terus menangis menakala krew dan pelakon lain ketawa, bersiul dan bertepuk tangan dengan adegan tersebut.
Adegan bercumbu itu sebenarnya telah mencetuskan pelbagai kontroversi dan Biswajit pula mempertahankan perbuatannya itu dengan menyatakan dia hanya melakukan permintaan pengarah Kuljit Pal sahaja.