Di Instagram, Datin Patimah Ismail memuat naik foto ‘throwback‘ suaminya iaitu Datuk Yusof Haslam bersama anak lelaki mereka iatu Syamsul Yusof.
Tak semua rindu diluah dengan kata-kata
Menerusi posting tersebut, Patimah menulis ‘tak semua rindu itu mampu diluah dengan kata-kata’. Meskipun tidak mengulas lebih lanjut mengenai foto berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila hubungan Patimah dengan anaknya didakwa semakin erat selepas pengarah sensasi itu sudah pulang ke rumah.
Pada 12 September lalu, Patimah memuat naik foto bersama Syamsul sekaligus memaklumkan bahawa anaknya itu sudah kembali ke pangkuan keluarga selepas hampir dua tahun tidak bersua.