Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, February 3, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Tweet Lama Priyanka Chopra Tentang SRK Kembali Viral – “Saya Terlalu...

    [FOTO] Tweet Lama Priyanka Chopra Tentang SRK Kembali Viral – “Saya Terlalu Setia”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Shah Rukh Khan (SRK) pernah dikaitkan dengan Priyanka Chopra semasa penggambaran ‘Don 2’ pada tahun 2011, dengan khabar angin bahawa mereka telah menjalinkan hubungan sulit.

    Walaupun SRK menafikan dakwaan itu dan memanggilnya sebagai rakan baiknya, kini muncul beberapa tweet lama Priyanka mengenai aktor itu menjadi tular di media sosial.

    Foto – Dailymotion

    Beberapa tweet lama Priyanka yang merujuk kepada SRK telah disiarkan semula di Reddit. Kebanyakan tweet itu diambil daripada sesi soal jawab aktres itu dengan peminat.

    Salah satunya adalah, apabila peminat meminta Priyanka menamai mana-mana selebriti yang digilainya selain SRK, dan menjawab dia seorang yang setia dan tiada siapa yang boleh gantikan aktor itu.

    Foto – Bollywood Shaadis

    “Hanya SRK! Saya terlalu setia.”

    Manakala peminat lain pula meminta Priyanka untuk menamakan selebriti yang dia boleh lakukan apa sahaja dan aktres itu segera menjawab nama “SRK”. Dia turut menyatakan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk aktor itu.

    Foto – Bollywood Shaadis

    “Bukan apa-apa tetapi banyak! SRK!!!”

    Pernah suatu ketika dulu, Priyanka berkongsi betapa dia suka menonton SRK bekerja di set semasa dia sedang membuat persiapan untuk penggambarannya sendiri.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts