Umum mengetahui, pempengaruh media sosial terkenal, Tyra Kamaruzzaman akhirnya selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang pereka fesyen, Emran Rijal pada Jumaat lalu.
Cantiknya!
Menerusi pemerhatian pihak di Instagram, busana yang dipakai oleh Tyra pada hari bersejarah itu merupakan hasil rekaan suaminya sendiri. Konsep busana dan majlis perkahwinan pasangan ini diinspirasikan daripada tema ‘Puteri Gunung Ledang’.
Lebih mencuri tumpuan, meja beradab untuk pasangan pengantin ini. Mana taknya, ia berinspirasikan ‘7 Dulang Hantaran Hati Nyamuk’ berdasarkan lagenda Puteri Gunung Ledang untuk pasangannya.
Kredit: Rekateemor
Selain busana dan meja beradab, penata rias Tyra turut mendapat pujian daripada netizen.
Kredit: Adyrazak
Untuk make-up Ady Razak diberi kepercayaan manakala penata rambut pula dilakukan oleh Ckay Liow. Bagi aksesori, Tyra menggunakan earpiece daripada Chelek.
Terdahulu, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman dan dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri. Pada majlis nikah tersebut, Tyra atau nama sebenar Athirah Kamaruzzaman menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.
Majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur itu bertemakan rona putih yang dihadiri kedua-dua belah pihak.
Untuk rekod, Tyra dan Emran diijabkabulkan selepas enam bulan mengikat tali pertunangan. Hubungan Tyra dan Emran mula dihidu netizen sekitar September tahun lalu apabila mereka dilihat sering bersama.
‘Jika patah sayap rajawali bertongkat jua kanda kemari’
Wolvesomepeople
Wolvesomepeople
Wolvesomepeople
Bagaikan puteri
Wolvesomepeople
Wolvesomepeople
Wolvesomepeople
Selamat pengantin baru
Wolvesomepeople
Wolvesomepeople
Wolvesomepeople