Penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa foto bersama pelakon Zul Ariffin ketika meraikan Aidilfitri tahun ini.
Selamat hari raya
Menerusi posting tersebut juga, netizen mendakwa hubungan Zul dan Gayatri masih lagi akrab. Bukan itu sahaja, Gayatri kelihatan sangat mesra dengan ahli keluarga Zul sekali gus membuktikan bahawa pertalian antara mereka cukup istimewa.
Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.
Sebelum ini, Gayatri dan Zul selalu hadir bersama ke pelbagai acara hiburan. Termasuklah pada tayangan program raya Astro, baru-baru ini.
Bagaimanapun, pelakon filem Sangkar itu menepis dakwaan cinta mereka kembali bertaut pada sekitar tahun lalu.
Zul juga pernah menyatakan Gayatri adalah wanita istimewa dalam hidupnya. Lebih manis, dia turut hadiahkan kereta mewah kepada penerbit itu pada 2022.
Terdahulu, mereka dikatakan pernah menjalin cinta sejak 2012. Bagaimanapun hubungan itu kemudian berakhir selepas tiga tahun.