Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFUGO Lancar Album 99 Teroka Lirik Bahasa Melayu, Bakal Jelajah 5 Negeri!

    FUGO Lancar Album 99 Teroka Lirik Bahasa Melayu, Bakal Jelajah 5 Negeri!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Lebih empat tahun berlayar sebagai band alternatif indie, nama FUGO tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan peminat tegar mereka.

    Artikel berkaitan: Bawa 101 Band & Penyanyi, Atas Angin Festival Tak Sabar Nak Gegarkan ‘Rooftop’ Ogos Ini!

    FUGO lancar album 99

    Dianggotai oleh tiga anak muda iaitu Hakim Kamal sebagai vokalis dan pemain gitar, Kayrol Ami selaku pemain bass dan Fai sebagai pemain keyboard, FUGO baru sahaja melancarkan album berjudul 99 sebagai ‘tanda rasmi’ kehadiran mereka ke dalam industri muzik.

    Menurut Hakim yang mewakili ahli lain, mereka bersyukur dengan pelancaran album 99 dan sekaligus membuktikan mereka serius dalam penciptaan lagu.

    Alhamdulillah kami bersyukur kerana album 99 akhirnya menemui peminat setelah berhempas pulas memerah idea untuk menghasilkan yang terbaik kepada pendengar.

    Album ini bukan sahaja sebagai satu penanda aras kepada FUGO selain membuktikan kami serius dalam penciptaan lagu.

    Sebelum ini kami banyak menghasilkan single dan EP sahaja. 99 menjadi saksi kami berjaya masuk ke dunia penerbitan dan belajar banyak perkara baharu. Sebab itu kami mahu peminat mendengar keseluruhan album ini dahulu.

    Memulakan langkah dengan menghasilkan lagu berjudul Waiting pada Februari 2020, FUGO kemudiannya menghasilkan tujuh buah single dan sebuah EP berjudul FUGO yang dilancarkan pada April 2021.

    Teroka lagu dengan lirik Melayu

    Tambah Hakim, maklum balas positif daripada peminat membuatkan mereka berani untuk menghasilkan album penuh dan meneroka lagu dengan lirik Melayu yang lari dari kebiasaan.

    Sebetulnya banyak lagu yang kami hasilkan sebelum ini menggunakan Bahasa Inggeris. Tapi untuk 99, FUGO mencari sisi lain dengan menggunakan lirik berbahasa Melayu sebagai tunjang utama kepada sembilan karya kami.

    Paling menarik perhatian apabila lagu 99 dan Pentas Sandiwara diterima baik oleh peminat. Itu yang membuatkan kami yakin berada di landasan yang betul. Setidaknya kami berjaya menarik peminat baru untuk mengenali FUGO.

    Mengulas tentang proses pembikinan album tersebut, mereka telah melalui beberapa peringkat tapisan termasuklah melukis lanskap sonik yang berwarna-warni.

    ALSO READ:  Suami Jennifer Coppen Meninggal Dunia Akibat Terbabas Motor, Polis Sahkan Cedera Parah Di Bahagian Tulang Rahang & Dada

    Proses tersebut penting untuk mencipta melodi yang ceria dan bersemangat hingga ke balada yang penuh perasaan yang menyentuh jiwa.

    Pada 9 Ogos ini, album 99 dilancarkan secara rasmi dan serentak dengan siri jelajah FUGO di seluruh negara meliputi empat Negeri utama iaitu Kedah (17 Ogos), Perak (18 Ogos), Johor (24 Ogos), Pahang (1 September) sebelum menutup jelajah mereka di Kuala Lumpur pada 7 September depan.

    Album 99 oleh FUGO kini tersedia di kesemua platform penstriman digital dan tiket untuk siri jelajah 99 Tour boleh diperoleh melalui 

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts