Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFuh, Penuh Makna! Filem Pendek PETRONAS Menyentuh Hati dan Membangkitkan Semangat.

    Fuh, Penuh Makna! Filem Pendek PETRONAS Menyentuh Hati dan Membangkitkan Semangat.

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Setiap tahun, PETRONAS tak pernah gagal menyentuh hati kita dengan filem-filem perayaan mereka yang penuh dengan nilai murni.

    Untuk Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2024 ini, mereka bawakan filem “PenJAGA” yang memperlihatkan indahnya semangat kejiranan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibintangi oleh pelakon terkenal Beto Kusyairi.

    Jom tonton video penuh di bawah.

    “PenJAGA’’ bukan hanya sebuah kisah biasa, ia adalah refleksi kepada nilai-nilai kemasyarakatan yang semakin dilupakan. Dalam filem pendek ini, PETRONAS berjaya menggambarkan betapa indahnya hidup berjiran yang saling menjaga antara satu sama lain.

    Jiran-jiran yang sentiasa saling membantu ibarat keluarga kedua. Semangat kejiranan bukan sahaja memperkukuh hubungan, tetapi juga menjadi lambang perpaduan yang menyatukan komuniti kita.

    Filem pendek ini menampilkan detik-detik kecil, tetapi bermakna, yang mengingatkan kita tentang pentingnya bersama-sama mengharungi setiap cabaran.

    Setiap budi yang baik, walaupun kecil seperti membantu jiran yang dalam kesusahan atau sekadar bertanya khabar, mencerminkan kekuatan sebenar masyarakat kita.

    Filem ini juga menunjukkan bagaimana kita boleh bersatu dalam kepelbagaian, menjaga dan saling menghargai antara satu sama lain.

    Semangat kejiranan yang macam ni, siapa yang tak nak kan?

    Rasai sendiri semangat perpaduan yang penuh makna dalam filem “PenJAGA” ini!

    Jadi, buat sesiapa yang nak tonton filem pendek ini, boleh saksikan di laman Youtube dan Facebook PETRONAS dan jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts