Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFyza Kadir Sedar Bahawa Beliau Tidak Berbakat Dalam Berlakon, Berakhir Dengan Menangis...

    Fyza Kadir Sedar Bahawa Beliau Tidak Berbakat Dalam Berlakon, Berakhir Dengan Menangis Selepas Proses ‘Shooting’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    fiza kadir 2fiza kadir 2

    Pempengaruh dan pelakon Fyza Kadir nekad untuk tidak meneruskan karier dalam bidang lakonan selepas menceburi pada tahun 2011.

    Balik mesti menangis

    ARIANIARIANI

    Ketika ditemui , Fyza mengakui tidak berbakat namun Pengarah Urusan MIG, Mejar (K) Datuk David Teo mahu menjadikannya sebagai seorang aktres.

    Kata Fyza, dia hanya mampu bertahan selama setahun dan kemudian memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan suami, Ahmad Feruz Zainal Abidin.

    Sebenarnya masa saya jumpa David Teo, dia kata saya ada rupa sikit… dia kata saya boleh jual, why not cuba. Jadi saya cuba la tapi saya tak ada bakat. Jadi saya berhentilah.

    Sebab setiap kali selesai satu babak, saya balik mesti menangis. Ia sangat sukar untuk saya nak buat (berlakon). Jadi, no more la. Lagipun saya ini pemalu, suara pun tak keluar.

    Saya jadi takut bila ada ramai lelaki. Memang lepas saya kahwin terus berhenti berlakon.

    Fyza ditemui ketika di sidang media Raya Ariani 1001 Tales yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Tak pandai berlakon

    fizafiza

    Dalam pada itu, Fyza turut mendedahkan dari awal lagi dia sudah memberitahu David Teo mengenai dirinya yang sememangnya tidak pandai berlakon.

    Ada orang beri nama saya kepada David Teo dan dia panggil saya datang ke pejabatnya. Tapi awal-awal lagi saya dah beritahu yang saya memang tak pandai berlakon.

    Tapi dia jumpa saya hari ini, esoknya dah ada job dah. Masa itu saya fikir, ‘Ya Allah apa nak jadi dengan saya ini.’ Dia dah buat keputusan nak juga saya, tak kira macam mana… saya kena berlakon saja.

    Untuk rekod, Fyza pernah membintangi beberapa filem antaranya Nongkrong, Ajiboy, Pe3 dan Senario Ops Pocot.

    ALSO READ:  Shera Aiyob Berjaya Selamat Jalani Pembedahan untuk Buang 'Cyst' Sebesar 8CM Setelah Mengalami Sakit Perut yang Teramat dan Kesukaran Bernafas

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts