Penyanyi dari kumpulan K-pop Big Bang, G-Dragon dilantik sebagai profesor jemputan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di Institut Sains dan Teknologi Termaju Korea (KAIST).
G-Dragin jadi profesor jemputan
Memetik laporan Soompi, pelantikan G-Dragon atau nama lengkapnya Kwon Ji-yong, 36, bertujuan untuk mengintegrasikan teknologi dan sains serta meningkatkan daya saing global pelajar di negara itu menerusi seni dan budaya.
Saya berbesar hati menjadi profesor sementara di KAIST, sebuah sekolah yang melahirkan ramai pelajar yang intelek.
Saya mengharapkan gabungan di antara teknologi dan latar belakang hiburan yang dimiliki saya akan membawa kejayaan sama seperti ‘Big Bang’
G-Dragon dikhabarkan akan mengajar subjek berkaitan kepimpinan selain berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar anak seni.
Selain profesor jemputan, G-Dragon turut dilantik sebagai duta global KAIST yang bertindak untuk mempromosikan institut berkenaan di peringkat global.
Difahamkan, pelantikan G-Dragon adalah selama dua tahun sehingga Jun 2026.