Sekadar gambar hiasan
Seorang gadis berusia 13 tahun mendakwa nekad melarikan diri dari rumah selepas dirinya menjadi oleh 26 individu.
Diperkosa 26 lelaki
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Detik Sulsel, kejadian tersebut berpunca selepas seorang rakan mengajak mangsa untuk bertemu pada satu malam. Meskipun sudah berkali-kali menolak ajakan tersebut, namun rakannya itu tetap memujuknya sehingga mangsa bersetuju.
Mangsa kemudian dijemput oleh rakannya dan ketika itu, terdapat seorang lelaki yang turut membonceng motosikal tersebut. Mangsa kemudian dibawa ke sebuah jambatan sebelum datang seorang lagi lelaki yang tidak dikenali.
Selepas itu, saya diajak ke sebuah rumah kosong. Dan situ terjadinya perkara (pemerkosaan) tersebut.
Bercerita dengan lebih lanjut, mangsa mendakwa kejadian seterusnya berlaku pada bulan Mei lalu. Lebih mengejutkan apabila mangsa mendedahkan jumlah keseluruhan suspek yang merogolnya adalah sebanyak 26 orang termasuk seorang lelaki cacat penglihatan.
Ada satu orang buta (pelaku).
Difahamkan, selepas keluarga dimaklumkan tentang kejadian itu, mangsa nekad melarikan diri daripada rumah.
Kawan yang beritahu keluarga tentang kejadian itu. Selepas itu, pak cik berjaya jumpa saya dan bawa saya pulang ke rumah nenek.
Susulan daripada kejadian yang berlaku, keluarga mangsa telah tampil membuat laporan polis dan siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan. Pemerkosaan itu dipercayai berlaku selama sebulan iaitu sejak April 2024 hinagga Mei 2024 di Indonesia.