Seorang gadis yang baru berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan tragis apabila badannya terputus dua selepas dilanggar kereta api di Cikarang, Indonesia.
Selalu susahkan ibu
Memetik laporan Tribune News, saksi mendedahkan ternampak gadis tersebut berdiri di platform sebelum bertindak terjun ke landasan lalu dilanggar kereta api yang sedang bergerak laju.
Pada awalnya saya nampak dia berdiri di platform tapi selepas nampak kereta api, dia terus melompat ke arahnya.
Saya tak jangka sama sekali bahawa kalau dia nak bunuh diri.
Lebih memilukan, orang ramai juga menjumpai sepucuk surat ditulis mangsa yang ditujukan kepada ibunya.
Difahamkan, gadis tersebut nekad untuk mengakhiri nyawa akibat daripada tekanan perasaan yang dialaminya.
Saya Neng Putriyan, tinggal di Pom Bensin. Sekiranya ada sesiapa yang menjumpai surat ini minta berikan kepada ibu saya.
Ibu, maafkan Dede (Neng Putriyan) kerana belum boleh jadi yang terbaik buat ibu dan selalu menyusahkan ibu.
Nak ‘ikut’ ayah
Menerusi surat itu juga, mangsa memaklumkan dia mahu ‘mengikut’ ayahnya yang sudah lama meninggal dunia dan meminta untuk disemadikan bersebelahan kubur ayahnya.
Hari ini, Dede tak boleh pulang ke rumah, Dede nak ikut ayah tapi ayah sudah meninggal.
Jadi, Dede menyusul ayah ya ibu? Maafkan Dede dan ibu tak perlu fikirkan Dede.
Dede sayang ibu dan Dede harap dapat disemadikan di sebelah kubur ayah.
Sementara itu, keluarga mangsa yang tiba dilokasi kejadian tidak dapat menahan rasa sebak dengan kejadian yang menimpa mangsa.
Menurut mereka, mangsa tidak pernah menceritakan segala masalah yang dihadapi kepada ahli keluarga.