Hubungan terlarang antara abang dan adik perempuannya terbongkar selepas gadis itu dikejarkan ke hospital akibat keguguran, dalam satu kejadian di Indonesia.
Adik hamil anak abang kandung
Memetik laporan Tribunnews, gadis yang berusia 16 tahun itu mengaku bahawa dirinya telah berkali-kali dinodai si abang kandung, 21. Lebih mengejutkan apabila mengetahui gadis tersebut pernah hamil sebanyak tiga kali dan dua daripada kandungan tersebut tidak dapat diselamatkan iaitu kandungan pertama dan ketiga. Difahamkan, hanya satu bayi (kandungan kedua) sahaja terselemat dan kini berusia dua tahun.
Kejadian sumbang itu mula terjadi selepas kedua-dua beradik itu termasuk ibu bapa tinggal di bilik yang sama memandangkan rumah mereka kekurangan bilik.
Di situ, si abang pernah terlihat adiknya mandi dan tukar pakaian di ruangan sama dan perkara itu secara tidak langsung mengundang perbuatan tidak senonoh tersebut.
Ditahan polis
Difahamkan, setiap kali kegiatan jijik itu berlaku, gadis terbabit tidak berani untuk melawan kerana takut dengan ugutan si abang yang mahu membunuhnya.
Meskipun gadis itu sudah tidak kali hamil tetapi ibu bapanya seakan mahu menutup aib anak-anak dan menuduh bahawa perbuatan terkutuk itu dilakukan jiran mereka. Akan tetapi tuduhan tersebut menimbulkan syak orang ramai sehinggalah mereka nekad melaporkan kepada pihak berkuasa.
Selepas campur tangan pihak polis, gadis itu akhirnya mengaku bahawa pelaku sebenar adalah abang kandungnya. Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan.