Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGadis OKU Menikam Ibu Kandung 17 Kali- Menyatakan 'Lebih Bebas Hidup Di...

    Gadis OKU Menikam Ibu Kandung 17 Kali- Menyatakan ‘Lebih Bebas Hidup Di Penjara Daripada Di Rumah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kisah pembunuhan Clauddine Blancharde atau Dee Dee Blancharde pernah menjadi perhatian seluruh dunia sekitar tahun 2015 yang lalu.

    Bunuh, tikam ibu

    Dee Dee Blancharde merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal bersama anak istimewanya iaitu Gypsy Rose di sebuah rumah yang disediakan oleh NGO khas untuk mereka yang kelainan upaya (OKU). Gypsy seorang anak gadis yang dilahirkan pada 27 Julai 1991. Gypsy memiliki tubuh badan kecil dengan ketinggian 152 sentimeter.

    Pada usianya mencecah 8 tahun, Dee mendakwa Gypsy terlibat dalam satu kemalangan sehingga membuatkan dia terpaksa berkerusi roda seumur hidup. Dee juga mendakwa anak perempuannya itu menderita pelbagai jenis penyakit sejak daripada bayi lagi sehingga Gyspy diberikan bermacam-macam jenis ubat-ubatan dan rawatan.

    Gypsy juga terpaksa menjalani pembedahan sehingga badannya juga dimasukkan tiub pemakanan. Kisah kehidupan dua beranak ini mendapat liputan media malah ramai yang memuji ketabahan dan kekuatan Dee yang membesarkan anak istimewa sendirian. Dee dan Gypsy juga menjalani kehidupan yang bahagia selain mereka turut menerima pelbagai bantuan kewangan dan sebagainya.

    Ibu palsukan penyakit Gypsy

    Namun ketika Gypsy berusia 14 tahun, doktor di sebuah hospital hampir membongkar bahawa gadis itu sebenarnya tidak mengalami sebarang penyakit seperti yang didakwa sebaliknya dia adalah mangsa sindrom Munchausen (gangguan psikologi di mana seseorang berpura-pura sakit atau sengaja menghasilkan simptom penyakit) melalui proksi ibunya.

    Meskipun Gypsy mengetahui dirinya seorang yang normal tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Pada tahun 2010, Gypsy cuba melarikan diri daripada ibunya namun tidak berjaya. Pada suatu hari, Gypsy nekad mahu mencari individu yang boleh menyelamatkannya daripada penderitaan yang ditanggung selama ini.

    ALSO READ:  Tak Nak Kerja Bertambah, Wanita Racun Kawan Hamil Supaya Tak Dapat Cuti Bersalin

    Dia akhirnya berjaya menemui seorang lelaki, Nicholas Godejohn yang dikenalinya di laman web jodoh pada tahun 2012. Pasangan itu kemudian bertemu, menjalinkan hubungan cinta dan melakukan hubungan seks. Gypsy kemudian meminta pertolongan Nicholas untuk membunuh ibunya. Pada tahun 2015, Nicholas telah memasuki bilik dan menikam Dee sebanyak 17 kali ketika wanita itu sedang nyenyak tidur.

    Ahli psikiatri akhirnya melabel Gypsy Rose sebagai mangsa penderaan kepada seorang ibu yang mempunyai penyakit Munchausen yang menyebabkan wanita itu percaya anaknya mempunyai sejenis penyakit yang memerlukan perhatian pakar perubatan.

    Gypsy Rose bebas dari penjara

    Gypsy telah dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun kerana merancang kes pembunuhan ibunya manakala Nicholas Godejohn pula dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh.

    Namun, Gypsy telah dibebaskan dari Pusat Pemulihan Chillicothe di bandar Chilicothe, Mossouri pada Disembar lalu iaitu tiga tahun sebelum tarikh pembebasan asalnya.

    Saya rasa saya lebih hidup bebas di dalam penjara berbanding tinggal bersama ibu saya kerana sekarang saya boleh hidup seperti seorang gadis yang normal.

    Tak dinafikan, kes Gypsy mengundang simpati ramai pihak kerana gadis itu dilahirkan secara normal, namun disakiti seperti orang tidak normal malah tidak berpeluang menjalani kehidupan seperti perempuan lain seusianya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts