Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGamatkan Sambutan Ambang Merdeka Dengan Konsert Mahardika Bersama Kugiran Masdo, Spider &...

    Gamatkan Sambutan Ambang Merdeka Dengan Konsert Mahardika Bersama Kugiran Masdo, Spider & Ella

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    mahardika 1mahardika 1

    Kugiran Masdo bersama kumpulan Spider dan Ella bakal menjayakan Konsert Mahardika pada 30 Ogos ini bertempat di Spice Arena Penang, Pulau Pinang.

    Artikel Berkatan: Spider Jaga Hubungan Sesama Anggota, Hampir 3 Dekad Dalam Industri – ‘Kalau Tak Ada Ketelusan Maka Ia Akan Jadi Separuh Jalan’

    Konsert ambang merdeka

    mahardika 2mahardika 2

    Menurut penganjur, Syed Mohamad atau mesra dengan panggilan Don menjelaskan bahawa konsert ini diadakan sebagai pelengkap untuk menyambut hari kemerdekaan negara.

    Mahardika bermaksud ‘Malam Hari Merdeka’, dan digabungkan menjadi akronim Mahardika.

    Kami di The Dons Group memang sengaja memilih nama Mahardika kerana ia dilangsungkan sesuai dengan tarikh yang dipilih iaitu 30 Ogos 2024, menuju kepada hari kemerdekaan negara dalam era serta fasa muzik masing-masing.

    Ketika disoal tentang pemilihan barisan penyanyi yang mengetengahkan genre berlainan, Don percaya bakat serta keunikan mereka dapat menarik segenap lapisan masyarakat untuk ke konsert itu.

    Kami melihat Ella, Spider dan Masdo sangat sesuai dengan tema konsert kerana masing-masing punya perjuangan dan melakar sejarah tersendiri, sama ada dalam negara atau nusantara.

    Kami juga mahu peminat daripada pelbagai peringkat usia hadir ke konsert ini dan melihat sendiri pemuzik tempatan yang tidak kurang hebatnya dengan artis luar negara.

    Difahamkan tiket konsert itu telah pun terjual sebanyak 50 peratus sekaligus membuktikan bahawa ramai yang berminat untuk menyaksikan persembahan artis-artis tersebut.

    Sementara itu, vokalis kumpulan Spider iaitu Tam meluahkan rasa teruja untuk beraksi di pentas Konsert Mahardika setelah sekian lama tidak membuat persembahan di Negeri yang terletak di utara tanah air tersebut.

    Mahardika bukan sahaja akan menjadi kesempatan terbaik buat Spider malah peminat di Penang akan melihat kami secara langsung selepas tiga dekat tidak melakukan persembahan di sana.

    Dalam masa yang sama, Kugiran Masdo turut menjanjikan persembahan yang terbaik daripada mereka demi memuaskan hati para penonton pada malam itu.

    Kami dari bangku sekolah lagi mendengar muzik mereka jadi kami sangat terharu dapat beraksi bersama Spider serta bergandingan dengan Ella.

    Pada malam itu, insya-Allah kami akan menyampaikan 10 ke 12 buah lagu dan memberi kejutan untuk peminat merasai pengalaman menarik dan pulang dengan rasa gembira.

    Dapatkan tiket anda segera di www.ticket2u.com. dengan harga RM98 (Standing), RM118 (Silver zone), RM128 (Rock zone), RM148 (Platinum), RM198 (Gold), RM350 (VIP).

    ALSO READ:  [VIDEO] Genap Tiga Tahun Siti Sarah Meninggal Dunia, Kehilangan Masih Dirasai Hingga Hari Ini

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts