Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMajlis The Enchanted Night Majalah Nona Tema ‘Hitam Glam’

    Majlis The Enchanted Night Majalah Nona Tema ‘Hitam Glam’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semalam (1 Ogos) berlangsungnya majlis “The Enchanted Night” iaitu meraikan golongan wanita yang pernah diiktiraf dalam Nona Superwoman Award 2018 – 2022. Acara Nona Superwoman Award pernah diadakan sebanyak tiga kali pada tahun 2018, 2020 dan 2022 untuk memperkasakan golongan wanita di dalam pelbagai bidang, sekaligus
    menjadi inspirasi kepada wanita lain.

    Nona merupakan portal yang mengangkat dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik. Sinonim dengan motonya iaitu “Realiti Impian Wanita”, setiap Wanita mempunyai impian dan keinginan kerana dengan mencapainya mereka bahagia dan berjaya.

    Perkembangan dunia pada masa kini dengan jelas menunjukkan bahawa wanita tidak hanya memainkan peranan utama dalam membentuk generasi akan datang, malah menjadi salah satu pendorong utama bagi kemajuan negara. Oleh karena itu, kejayaan, pencapaian, dan sumbangan wanita dalam berbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial sangat penting untuk mencapai kesejahteraan, kemajuan, dan kemakmuran negara yang lebih baik.

    View this post on Instagram

    Majlis yang diadakan di Zebra Square Kuala Lumpur ini juga bakal menyaksikan pelancaran rasmi kempen Nona No. 1 Inspirasi Wanita. Kempen Nona No.1 Inspirasi Wanita ini bertujuan untuk menjadikan Nona sebagai pemangkin kepada wanita-wanita untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

    Head of Business (Women) Kiffy Razak berkata, “Majlis ini diadakan sebagai usaha menyatukan wanita-wanita hebat daripada pelbagai bidang di Malaysia. Dengan adanya
    hubungan ini, Majalah Nona sebagai satu platform penanda aras wanita sukses dan media gaya hidup yang dipercayai dapat saling membantu satu sama lain serta membantu
    masyarakat melalui pelbagai program CSR.

    Tambah Kiffy lagi, “Menyedari tiada lagi mana-mana platform wanita yang kukuh memperjuangkan pelbagai sisi positif wanita, tiga portal Nu Ideaktiv iaitu Nona, Mingguan
    Wanita dan Hijabista kini bergabung di bawah satu payung yang dikenali Segmen Wanita. Di sinilah tempatnya wanita dapat meluahkan perasaan, berkongsi kejayaan dan bergembira”.

    Majlis The Enchanted Night yang ini diserikan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan di kalangan wanita-wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing seperti Datin Amyera, Nur Amirah, Datin Za Glow Glowing, Liza Hanim, Fouziah Gous, Ifa Raziah, Bellapark, Puan Sri Syazara Aisha, Mawar Rashid, Dato’ Seri Vida dan Cik B, Dr. Soo Wincci, Rizman Ruzaini, Datin Ayu Roslan Bokitta dan ramai lagi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Redza Rosli Kini Milik Pelakon Baharu, Bella Hanna

    Credit: Fesyen – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts