Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGambar Zum Dari Kamera vivo X100 Pro Dibandingkan Dengan Jenama ‘i’ dan...

    Gambar Zum Dari Kamera vivo X100 Pro Dibandingkan Dengan Jenama ‘i’ dan ‘S’, Ramai Terkejut Dengan Hasilnya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semalam berlangsungnya pelancaran siri vivo X100 di sebuah hotel di Petaling Jaya. Apa yang MURAI MY dapat lihat, Vivo memperkenalkan dua variasi model iaitu X100 dan X100 Pro. Apa yang membezakan antara kedua-duanya pula pada kamera utama, kapasiti bateri dan sistem pengecasan.

    Dalam banyak-banyak ciri isitimewa yang diperkenalkan, MURAI MY tertarik dengan kualiti kameranya. Siri Vivo X100 disertakan dengan sistem tri-kamera dengan tetapan 50MP sudut lebar (F/1.57, OIS), 50MP sudut ultra lebar (F/2.57, OIS) dan 64MP telefoto (F/2.0) (zum optikal 3x, zum sehingga 100x) pada model standard.

    Kemudian kamera utama pada model pro pula sebesar 50MP dengan sensor bersaiz 1-inci dari Sony IMX989, 50MP telefoto periskop (F/2.5, OIS) (sokongan zum optik 4.3x, sehingga zum 100x) dan 50MP sudut ultra lebar.

    Di samping itu model pro juga dilengkapi dengan cip Vivo V3.

    Hasil Perbandingan Yang Cukup Mengagumkan

    Ketika acara berlangsung, Vivo telah membuat perbandingan hasil gambar zum 100x dari 3 telefon pintar. Ia terdiri daripada jenama berbeza iaitu  ‘I’, ‘S’ dan Vivo X100 Pro. Rasanya ramai sahaja boleh meneka jenama telefon yang disembunyikan.

    Siapa sangka, kualiti gambar zum 100x dari Vivo X100 Pro ini berjaya menandingi dua telefon pintar jenama popular tersebut. Masih ragu-ragu?

    vivo turut membawakan ciri mod malam baharu seperti Astro yang lebih stabil dan Astro Portrait. X100 Pro turut dilengkapi dengan perlindungan IP68, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan sensor infra merah.

    Bagi yang berminat, siri vivo X100 boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 3 Januari 2023. Sempena pelancaran peranti ini, vivo Malaysia menawarkan vivo TWS 2e dan vivo Selection Smart Watch bernilai RM568 secara percuma bagi yang membeli vivo X100 Pro. Lihat senarai harga di bawah.

    ALSO READ:  Wanita Mengatakan Zayn Malik Mencadangkan 'Threesome' Berkali-kali Selepas Mengaku 'Lesbian'

    Vivo X100 :

    • 12/256GB – RMB 3999 (~RM2582)
    • 16/256GB – RMB 4299 (~RM2775)
    • 16/512GB – RMB 4599 (~RM2969)
    • 16GB/1TB – RMB 4999 (~RM3227)
    • 16GB/1TB – RMB 5099 (~RM3292)

    Vivo X100 Pro:

    • 12/256GB- RMB 4999 (~RM3227)
    • 16/256GB- RMB 5299 (~RM3421)
    • 16/512GB- RMB 5499 (~RM3550)
    • 16GB/1TB – RMB 5999 (~RM3873)

    Sementara yang membeli vivo X100 akan menerima percuma vivo TWS Air bernilai RM179. vivo turut memberikan 1 tahun jaminan tambahan, 180 hari perlindungan skrin, tawaran tukar-beli dengan rebat mencapai RM500 serta pembelian secara ansuran dengan 0% faedah.

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts