Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGandingan Kaka Azraff & Daniesh Suffian Hasilkan ‘Karya’ Baharu!

    Gandingan Kaka Azraff & Daniesh Suffian Hasilkan ‘Karya’ Baharu!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Gandingan dua penyanyi yang berjaya menempa nama dalam dunia muzik, Kaka Azraff dan Daniesh Suffian menerusi lagu ‘Karya’ yang turut menjadi lagu runut bunyi Tonton Original Series: Kuih Muah, telah menarik perhatian ramai dan menerima sambutan hangat daripada para peminat. 

    Karya

    ‘Karya’ merupakan lagu ciptaan sepenuhnya daripada Omar K dan Dari. Lagu bergenre pop ini menceritakan tentang perasaan seseorang yang telah menemui pilihan hati yang tepat dan keterujaannya untuk memberitahu perasaan itu kepada seluruh dunia.

    Ini merupakan kerjasama pertama antara Kaka Azraff dan Alternate Records dan membuatnya rasa teruja untuk menghasilkan lagu yang berunsur lebih romantis daripada lagu-lagu yang biasa dibawakan beliau.

    Menurut Kaka, dia berasa teruja dan berdebar apabila mahu memperdengarkan lagu ini kepada peminat.

    Saya rasa lagu ini sangat menarik kerana ini merupakan kali pertama Kaka membawakan lagu yang lebih romantis, berlainan dari kebiasaan dan imej saya.

    Lagu ini juga duet pertama bersama Daniesh yang mempunyai suara penuh dengan karakter sendiri. Saya harap pendengar suka dan terus mendengarkan lagu ini di platform-platform muzik.

    Menurut Daniesh pula, dia sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kaka.

    Kaka memberikan olahan lagu yang unik dan segar dalam industri muzik kita dengan intonasi dan karakter suaranya yang berbeza. Bagi saya, keunikan suara Kaka memberi impak yang berlainan terhadap lagu dan keseluruhan mesej yang ingin disampaikan. Saya berharap peminat dapat menerima lagu ini dengan baik.

    Ayuh dengarkan gandingan hebat dua penyanyi ini, Kaka Azraff dan Daniesh Suffian dalam lagu terbaharu mereka ‘Karya’. Anda boleh memuat turun lagu Karya di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer. 

    ALSO READ:  Dua Mayat Dipercayai Ibu & Anak Ditemukan Dalam Longkang, Suami Ditahan Bantu Siasatan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts