TV3 bakal menghidupkan semula salah satu program kegemaran ramai yang pernah mencipta fenomena luar biasa. Apakah program tersebut? Adakah Malaysian Idol, Mentor, One In A Million atau Gang Starz yang akan kembali menghiasi kaca television anda?Â
Program apa bakal kembali?
Keempat-empat program ikonik ini pernah mencipta sejarah mereka tersendiri dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing membawa pendekatan yang unik dan meninggalkan impak besar kepada peminat.Â
Jadi mari kita imbas kembali perjalanan hebat keempat-empat program ini:
Malaysian Idol
Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2004, Malaysian Idol merupakan versi tempatan bagi format global Pop Idol. Program ini menjadi batu loncatan buat ramai bakat muda dalam industri muzik Malaysia termasuk penyanyi terkenal Jaclyn Victor yang muncul sebagai juara pada musim pertama.
Malaysian Idol bukan sahaja menjadi platform bagi para peserta untuk mengejar impian mereka, malah turut memberikan pengalaman emosi kepada penonton melalui persembahan hebat dan penyingkiran yang mendebarkan.
Mentor
Mentor membawa konsep mentor dan protege yang unik di mana setiap mentor yang terdiri daripada artis-artis terkenal, membimbing protege mereka dalam memperbaiki vokal, persembahan dan juga karisma mereka.
Program ini telah melahirkan beberapa bintang yang cukup terkenal dalam industri hiburan tanah air antaranya adalah Fiq dan juga Black. Mentor terus menjadi program realiti yang dinanti-nantikan dek kerana gabungan elemen latihan intensif dan hiburan yang berkualiti tinggi.
Gang Starz
Diperkenalkan pada tahun 2007, Gang Starz menampilkan konsep pertandingan nyanyian berkumpulan yang pertama di Malaysia. Program ini bukan sahaja terbuka kepada peserta tempatan, malah menarik penyertaan dari seluruh Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Filipina, dan Singapura. Gabungan bakat daripada pelbagai latar belakang dan negara menjadikan Gang Starz sebagai platform yang merentasi hingga ke sempadan.
Kumpulan seperti The Lima dari Malaysia dan Paragon Child dari Indonesia menjadi antara nama yang mendapat perhatian dan berjaya melangkah lebih jauh dalam industri muzik selepas penglibatan mereka di arena Gang Starz.
One In A Million
Bersiaran dari tahun 2006 hingga 2009, One In A Million memperkenalkan format yang lebih mencabar dengan hadiah wang tunai RM1 juta bagi pemenang. Program ini menampilkan penilaian ketat dan cabaran mingguan yang menuntut peserta untuk memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu.
Juara musim pertama adalah Suki Low dan pemenang bagi musim kedua adalah Ayu. Kedua-dua bintang ini berjaya menempatkan diri mereka dalam industri muzik Malaysia dengan bakat mereka yang luar biasa.
Malah, di sini juga terlahirnya beberapa bintang lain seperti Faizal Tahir, Alif Satar, Aweera dan mencabar keunggulan penyanyi sedia ada seperti Dayang Nurfaizah, Tomok, Allahyarham Siti Sarah serta memberi peluang kepada penyanyi yang sudah bertapak lama dalam industri pada ketika itu, kembali ke pentas seperti Datin Alya, Farah Asyikin, Intan Sarafina, Roni, Pija Mentor dan ramai lagi.
Chopp! Tapi betul ke salah satu daripada program-program ini akan kembali memeriahkan industri hiburan Malaysia? Atau ada yang lain? Nantikan pengumuman rasmi daripada TV3!Â
Jadi tunggu apa lagi? Jom siap-siap dan sertai uji bakat program terbaharu TV3! Lebih menarik, uji bakat ini terbuka kepada warganegara berumur 15 tahun dan ke atas. Ingin tahu lebih lanjut? Â
Layari media sosial @TV3Malaysia untuk info lanjut mengenai program realiti terbaharu TV3 ini.
Â
View this post on InstagramÂ