Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGantikan Trend Bawa Kek Birthday Ke Kubur Anak Dengan Doa & Sedekah...

    Gantikan Trend Bawa Kek Birthday Ke Kubur Anak Dengan Doa & Sedekah – Dr Zulkifli

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sejak akhir-akhir ini, sering kali kita lihat segelintir ibu bapa yang sudah kehilangan anak memuat naik video mereka membawa kek hari jadi ke kawasan perkuburan sebagai tanda memperingati hari kelahiran anak tercinta.

    Situasi tersebut tentunya menimbulkan persoalan dalam diri masyarakat sama ada perkara itu dibolehkan atau pun sebaliknya?

    Dr Zulfikli beri jawapan

    Susulan itu, ulama Islam Malaysia yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut melalui hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya.

    Menurut Dr. Zulkifli, dia mengharapkan agar ibu bapa menghentikan ‘trend’ tersebut dan sewajarnya menggantikan perbuatan tersebut dengan amalan lebih mulia yang dapat membantu memberikan pahala buat si mati.

    Adalah lebih baik jika perbuatan tersebut ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim serta fakir miskin.

    Ini kerana, manfaat berbuat demikian adalah jauh lebih besar buat si mati di samping sebagai satu cara untuk memohon keampunan buatnya.

    Maka, tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.

    Tambah Dr. Zulkifli, seseorang itu seeloknya kembali kepada ajaran Islam dengan cara sentiasa bermuhasabah diri dan mengingati kematian setiap kali menziarahi tanah perkuburan.

    Dengan sebab itu, mengimbau kepada sunnah dan sirah, Rasulullah SAW sentiasa menziarahi kubur untuk memberi syafaat kepada ahli kubur dengan doa atau mengambil faedah untuk mengingati kematian dan muhasabah diri.

    Bahkan kita sendiri ada diajar untuk berdoa agar diselamatkan dari azab kubur.

    Posting Dr. Zulkifli

    ALSO READ:  Hiburan Gaya Baru Dengan Tablet HONOR Pad X9 LTE Serba Baharu Berharga RM 1,099

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts