Kisah tragis menimpa doktor pelatih India yang dikenali sebagai Dr. Moumita Debnath yang telah dirogol dan dibunuh bukan sahaja mengejutkan seluruh warga kota Kolkata malah turut menggemparkan seluruh dunia.
Suspek cabar polis
Foto: Hindi Patrika
Terbaharu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sanjay telah pun ditahan selepas pihak polis mendapati Asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki itu ditemui di kuku mendiang Moumita sekaligus menjadikannya sebagai suspek utama bagi kes ini.
Ketika disoal siasat, difahamkan Sanjay ada menerangkan secara terperinci kronologi kejadian yang dilakukannya kepada pihak polis tanpa sebarang penyesalan pada raut wajahnya.
Lebih parah, Sanjay didakwa turut mencabar pihak polis untuk memberikan hukuman gantung sampai mati kepadanya.
Gantung saja saya kalau anda mahu.
Ibu mentua setuju Sanjay dihukum
Foto: Times of India
Sementara itu, ibu mentua kepada Sanjay memberikan pendapat bahawa Sanjay tidak akan mampu untuk melakukan jenayah terkutuk terhadap mendiang Moumita secara bersendirian.
Ibu mentua Sanjay juga mendakwa bahawa menantunya itu juga sudah beberapa kali melakukan penderaan terhadap isterinya dan bersetuju sekiranya pihak polis memberikan hukuman yang setimpal.
Gantung dia atau buat apa saja yang anda (polis) nak. Saya tak akan bercakap mengenai jenayah itu.
Terdahulu, mendiang Dr. Moumita ditemui dalam keadaan yang menyayat hati apabila dipenuhi dengan pelbagai jenis luka pada bahagian kemaluan serta cedera pada bahagian mata.
Hasil siasatan mendapati, doktor muda yang baru berusia 31 tahun itu didapati mati akibat dirogol dan dicekik di bahagian leher.
Antara kecederaan yang dialami termasuklah patah pada bahagian jari, pendarahan yang teruk pada bahagian kemaluan, kakinya dikepak 90 darjah dan berlakunya kecederaan parah pada bahagian muka, mulut dan juga perut.
Pembunuhan kejam itu kemudiannya telah membangkitkan kemarahan rakyat di Kolkata dengan ribuan daripadanya melakukan protes berarak di jalan raya.