Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Friday, July 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentGara-Gara Tunjuk Aksi Merokok, Zahirah Macwilson Mendapat Teguran Daripada Public Health Malaysia

    Gara-Gara Tunjuk Aksi Merokok, Zahirah Macwilson Mendapat Teguran Daripada Public Health Malaysia

    -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon terkenal Zahirah Macwilson mendapat teguran daripada persatuan Public Health Malaysia (PHM) gara-gara melakonkan babak merokok dalam drama TV yang dikatakan sengaja mempromosikan amalan gaya hidup tidak sihat.

    PHM berpendapat bahawa adegan tersebut mampu memberi pengaruh buruk kepada generasi muda, terutama apabila ditayangkan di televisyen yang boleh ditonton tanpa had umur.

    PHM menyatakan rasa kecewa terhadap situasi di Malaysia, di mana Zahirah perlu melakonkan watak seorang wanita yang merokok walaupun beliau sendiri bukan perokok dan membenci tabiat tersebut.

    Melalui laman Facebook mereka, PHM menyeru semua pelakon dan pengiat seni untuk meneguhkan prinsip dalam kerjaya mereka dengan menetapkan garis sempadan dalam hasil kerja.

    “Berani untuk katakan tidak kepada adegan merokok demi kesihatan anda sendiri dan untuk masyarakat,” tegas PHM.

    PHM turut membandingkan industri hiburan tempatan dengan Korea Selatan yang telah mengharamkan adegan merokok dalam naskhah televisyen.

    Kejayaan industri K-drama di Korea Selatan dijadikan contoh fenomena budaya dan ekonomi yang hebat, didorong oleh produksi yang berkualiti, lakonan yang berkesan, serta penggunaan tema universal yang menarik untuk tontonan seisi keluarga.

    “Apa yang menarik, produksi Korea telah mengharamkan sama sekali adegan merokok dalam drama. Ini membuktikan bahawa hasil produksi yang hebat dan lakonan yang berimpak tinggi boleh dicapai tanpa perlu mempromosikan amalan merokok,” tambah PHM lagi.

    Kontroversi ini bermula apabila adegan merokok lakonan Zahirah Macwilson, 27, dipaparkan dalam drama Metro Crime Series: Siapakah Lelaki Itu? yang disiarkan di TV3.

    Dalam drama tersebut, Zahirah membawakan watak sebagai Fatimah Umar, seorang wartawan meja jenayah. Drama terbitan Razors Edge Pictures itu asalnya ditayangkan dalam platform penstriman Tonton sebelum diulang tayang menerusi slot Lestary.

    ALSO READ:  [VIDEO] TOP VIRAL FOOD FESTIVAL Di Sunway Putra Mall Himpunkan Vendor-Vendor Makanan Viral

    Sebagai ibu kepada dua anak, Zahirah kini berdepan dengan kritikan dan perbincangan mengenai tanggungjawab sosial pelakon dalam mempengaruhi penonton, terutama golongan muda.

    Perdebatan ini membuka mata banyak pihak tentang perlunya penilaian semula terhadap adegan-adegan yang dipaparkan dalam media massa, dengan tujuan untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

    Adakah kita perlu mencontohi Korea Selatan dalam mengharamkan adegan merokok dalam drama TV, atau adakah terdapat cara lain untuk mengimbangi antara kebebasan seni dan tanggungjawab sosial?

    Perbincangan ini pastinya akan terus berlanjutan di kalangan masyarakat dan penggiat industri hiburan.



    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts