Pendedahan ini diberitahu oleh Gauri sendiri melalui sebuah temu bual dengan Simi Garewal menerusi rancangan Rendezvous with Simi Garewal (salah satu episod pada tahun 1997).
Dalam video temu bual tersebut, Gauri membuka cerita tentang sifat posesif SRK di awal hubungan mereka. Tetapi sikap posesif SRK itu akhirnya berkembang menjadi sifat melindungi.
“Dia sangat posesif. Dia bahkan tidak membenarkan saya memakai t-shirt putih kerana dia fikir ia adalah lutsinar. Saya rasa ia adalah ‘kink’ dalam fikirannya.”- Gauri Khan.
Melihatkan pendedahan yang dibuat oleh Gauri, SRK mengakui kesalahannya dan menyebutnya sebagai satu kelakuan yang sangat ‘teruk’.
Kongsi SRK pula, dia berkelakuan sebegitu kerana berasa insecure mengenai hubungan rahsia mereka. Dia memberitahu, keadaan itu berlaku kerana dia merasakan seperti tiada ‘pemilikan’ ke atas Gauri.
“Saya mengenalinya, tetapi orang lain tidak. Saya rasa seperti tidak ada dan kekurangan pemilikan ini, ia membuatkan saya bertindak dengan cara yang saya sendiri tak banggakan. Saya telah menjadi ‘murah’”- SRK.
Apabila ditanya mengenai bagaimana dia menangani sikap posesif SRK, Gauri mendedahkan pendekatan yang terus terang. Dia mengambil keputusan berpisah dan SRK terpaksa belajar untuk mengawal sikap posesifnya untuk menangi hati Gauri semula.