Anak kepada pasangan selebriti Linda Jasmine dan Que Haidar iaitu Tengku Ratu Haidar mendapat perhatian warganet dengan kecantikan rupa parasnya.
Ratu Catwalk
Menerusi video yang dimuat naik oleh Linda di TikTok, kelihatan anak gadisnya itu sedang ‘catwalk’ dengan mengenakan pakaian daripada pereka fesyen tempatan iaitu Hatta Dolmat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan yang dimiliki oleh anak kepada aktor versatil tersebut.
Gabungan Linda dan Que memang dua-dua rupa paras yang cantik. Dapat anak pun meletop betul cantiknya.
Cantiknya Ratu macam mummy Linda.
Muka dia international.
Ada vibe Avril Lavigne, cantik gila!
Tinggi macam mak dia.
Dalam pada itu, Linda memaklumkan kepada pengikutnya bahawa bakat puteri sulungnya itu diasah sendiri malah dia tidak pernah menghadiri ke mana-mana kelas modeling.
Saya tak hantar dia kemana-mana pun, dia pandai-pandai sendiri je.
Bagaimanapun tinjauan mendapati hantaran tersebut telah dipadam oleh Linda.
Sekadar info, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 lalu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ratu dan Cleopatra.
Untuk rekod, Linda juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Qalif Khan, 24, hasil daripada perkahwinan terdahulu.