Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGaya Itali Bertemu Prestasi, FILA Buka Flagship Store Terbaharu di Malaysia

    Gaya Itali Bertemu Prestasi, FILA Buka Flagship Store Terbaharu di Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sumber gambar: Sunway Pyramid

    Bukan sekadar jenama sukan, FILA adalah simbol gabungan gaya dan prestasi. Dari pakaian prestasi hingga ke koleksi kasual, FILA sentiasa memastikan setiap rekaannya menepati citarasa generasi muda yang mahukan sesuatu yang lebih dari sekadar fesyen biasa.

    Sudah lama dalam pasaran, jenama sukan ikonik dari Itali ini kini membuka flagship store terbaharunya di Malaysia.

    Dengan konsep ‘Bold Moves, Beautiful Play’, pelancaran ini memberi peluang untuk meraikan momen indah di dalam dan luar gelanggang dengan koleksi eksklusif yang pasti membuatkan korang tampil bergaya.

    Flagship store FILA yang premium akhirnya dibuka

    Sumber gambar: Sunway Pyramid

    Untuk pengetahuan korang, FILA telah membuka store pertama di Pavilion KL pada 29 November 2024 dan kini flagship store utama di Sunway Pyramid pula dirasmikan pada 11 Disember 2024.

    Bagi meluaskan lagi jenama itu di pasaran tempatan, cawangan ketiga di IOI City Mall akan dibuka pada 18 Disember 2024. Ini adalah langkah besar dalam memperkenalkan gaya Itali kepada komuniti Malaysia.

    Reka bentuk dalaman store ini juga penuh dengan elemen Itali klasik yang moden, menampilkan koleksi pakaian dan kasut sukan terkini FILA yang mengutamakan kualiti dan gaya.

    Sumber gambar: Sunway Pyramid

    Mr. Jimmy Jin Bohyun, Pengarah Urusan FILA Malaysia berkata mereka teruja untuk memperkenalkan FILA ke Malaysia.

    “Matlamat kami adalah untuk membawa gabungan unik gaya Itali dan pakaian sukan berkualiti tinggi ke pasaran tempatan.

    “Dengan pembukaan flagship store ini dan kehadiran runcit yang semakin berkembang, kami komited untuk menawarkan pakaian dan kasut yang serba boleh, sesuai untuk digunakan di dalam dan luar gelanggang, serta gaya harian.

    ALSO READ:  Celebrating Tony Bennett: A Fond Tribute on NPR

    “Kami juga teruja untuk meneroka sukan baru seperti pickleball dan memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia dari segi gaya dan prestasi.” ujarnya.

    Eksklusif untuk pengunjung

    FILAFILA

    Sumber gambar: Sunway Pyramid

    Difahamkan, pengunjung yang hadir ke pembukaan awal flagship store ini boleh merasai pengalaman membeli-belah yang unik dan interaktif. Korang boleh mencuba pelbagai aktiviti seronok seperti interactive game panel, claw machine dan wii stand untuk bermain tenis.

    Sempena pelancarannya di Malaysia, FILA menawarkan hadiah eksklusif dengan setiap pembelian (GWP). Pelanggan yang membuat pembelian semasa tempoh pelancaran akan menerima Moru Doll edisi khas yang boleh diubah suai, menambahkan elemen seronok dan unik kepada pengalaman membeli-belah korang, eksklusif di store Sunway Pyramid.

    Nak lebih thrill? Korang boleh sertai FILA Hunt! Korang hanya perlu cari tren LRT Kelana Jaya yang dihias FILA, imbas kod QR di dalam tren dan kumpul empat warna kod QR iaitu biru, putih, merah dan hitam.

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ???? ???????? (@fila.malaysia)

    Ini akan membuka peluang korang untuk memenangi hadiah eksklusif FILA. Tambahan pula, aktiviti In-Store QR Code Hunt di Sunway Pyramid, Pavilion KL dan IOI City Mall juga beri korang peluang untuk memenangi barangan eksklusif.

    Gaya dan fungsi bertemu pada koleksi tenis premium FILA

    Sumber gambar: Sunway Pyramid

    Salah satu tarikan utama di store ini ialah koleksi tenis FILA yang direka khas untuk memastikan korang bukan sahaja selesa di gelanggang, tetapi juga kekal bergaya di luar.

    Koleksi ini menggabungkan warisan Itali dengan rekaan moden, menjadikannya sesuai untuk mereka yang sukakan fesyen berunsur sporty.

    Koleksi seperti Tennis Club Collection dan kasut Targa Club adalah contoh terbaik dedikasi FILA terhadap kombinasi gaya dan prestasi. Ia bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi juga sentuhan rekaan Itali yang eksklusif.

    ALSO READ:  Marissa Dania Disifatkan Sebagai Penyondol, Abby Abadi Berpendapat - 'Dia Harus Bertanggungjawab untuk Tindakannya'

    Pastikan korang terjah flagship store FILA. Jangan lupa follow mereka di media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini tentang promosi dan koleksi baru di Instagram.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts