Perkongsian terkini Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen ketika bercuti bersama keluarga, hari ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Siti dilihat memuatnaik foto bersama keluarga disertai keluarga keluarga penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad.
Malah, Siti sempat berseloroh menyifatkan Nabil sekeluarga mengganggu dia dan suami, Datuk Seri Khalid ‘dating.
“Pagi tadi, semasa kita nak dating dengan suami, tiba-tiba @Nabilzira sekeluarga muncul. Dah kena tarik telinga. DK kata baru nak manja dengan isteri dia 😝.”-kapsyen Siti di Instagram
View this post on Instagram
“Tarik Kuat Sikit Datuk K!…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Datuk K menarik telinga Nabil Ahmad, malah ada yang sempat meminta suami penyanyi terkenal ini untuk menarik telinga penyampai radio ini dengan lebih kuat.
“Biasa tengok TokRam je tarik telinga Nabil. Ni Datuk K pun kena.”
“Beruntungnya. Humble sangat TokTi dan suami. Alhamdulillah.”
“Nabil ni memang mudah mendekati orang-orang yang ada aura garang.”
“Kacau lagi dating time orang ye. Tapi comel.”
“Confirm Nabil lepas ni mungkin pekak sebelah haaha.”
“Tarik kuat sikit Datuk K! Bisik sekali jangan cakap suka-suka panggil TokTi di majlis rasmi macam semalam! Tak proper.”
“Senang ek nak tarik.”
“Random nya caption Datuk Seri.”
“Hahahaha sweet la pic nie.”
“Since dapat gelaran Biduanita, semakin humble Siti Nurhaliza. Love sangat.”
Apa komen anda?