Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGenap 4 Tahun, Fazura Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Jadi Fatima –...

    Genap 4 Tahun, Fazura Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Jadi Fatima – ‘Terus Ceria & Bahagia, Sayang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Nur Fazura menitipkan ucapan istimewa sempena ulangtahun kelahiran keempat anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

    Ucapan istimewa Fazura buat Fatima

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram pada Rabu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, sebagai seorang ibu, dia tidak akan berhenti mendoakan yang terbaik buat Fatima.

    Isteri kepad pelakon Fattah Amin ini juga menyifatkan Fatima seorang anak yang baik dan kuat.

    Syukur Alhamdulillah, genap hari ini anakanda ku Nur Fatima Aisya mencapai umur ke-4 tahun.

    Fatima sayang, mommy telah berdoa untukmu sebelum kamu dilahirkan dan akan terus berdoa untukmu sepanjang hayat mommy. Fatima adalah anak yang baik. Bukan sahaja kamu mempunyai hati yang besar, tetapi kamu juga sangat kuat, tahan lasak, tegas dalam apa yang kamu inginkan, penyayang dan penuh empati terhadap semua orang yang kamu temui, terutama mommy, ibumu.

    Dalam kesempatan itu, Fazura sempat menasihati anaknya itu agar menjadi insan yang selalu bersyukur atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan Allah SWT selain menghargai orang sekeliling. Fazura berjanji akan selamanya berada di samping Fatima dalam apa jua keadaan susah atau senang.

    Walaupun tahun ini mommy tidak dapat mengadakan parti peribadi terbesar untukmu seperti tahun-tahun lalu, tetapi ketahuilah bahawa mommy mencintaimu lebih daripada apa yang dapat diungkapkan dengan kata-kata.

    Bersyukur sentiasa wahai anakku sayang dalam apa jua keadaan dan sentiasa berterima kasih kepada Allah SWT serta menghargai semua orang yang menyayangimu. Mommy akan sentiasa ada di sisi Fatima di saat susah dan senang dengan izin Allah SWT.

    ‘Semoga Fatima terus membesar dengan baik’

    Mengimbas kembali momen saat anaknya masih bergelar bayi, pelakon filem J Revolusi ini meluahkan rasa sayang dan syukur atas kehadiran Fatima dalam hidupnya.

    Mommy merasa sangat bersyukur setiap hari kerana mempunyai kamu dalam hidup saya dan setiap malam tanpa tidur menjaga kamu ketika kamu masih bayi adalah sangat berbaloi, jika mommy mempunyai peluang untuk mengulanginya, mommy akan lakukannya tanpa ragu-ragu.

    Mommy sangat menyayangimu selamanya dan sentiasa. Semoga Fatima terus membesar dengan sebaik-baiknya, dilindungi Allah SWT dari manusia berhawa nafsu syaitan, menjadi anak yang solehah, sentiasa menyayangi diri sendiri dan berbuat baik kepada semua orang, berjaya di dunia dan akhirat, mudah-mudahan.

    Teruslah ceria dan bahagia seperti kamu sekarang, buah hati ku.

    Terdahulu, pada 13 September lalu, Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Seburuk Mana Pun, Saya Tetap Ayah Dia’ – Bapa Zara Zya Pilih Kunci Mulut

    Menerusi sebutan kes permohonan perceraian yang berlangsung pada 25 November lalu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

    Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts