Selebriti media sosial, Caprice meluahkan rasa bengang di Instagram apabila ada seorang pelajar perempuan didakwa meninggalkan komen yang kurang baik terhadap anaknya.
Muka macam bab*
Sejak semalam, Caprice antara individu yang mencuri perhatian netizen susulan pendedahan yang dilakukan olehnya berhubung isu rumah tangga aktor Aliff Aziz dengan Bella Astillah.
Berikutan daripada itu, segelintir netizen meluahkan rasa marah apabila Caprice campur tangan urusan pasangan tersebut. Seorang pelajar perempuan didakwa telah menghantar komen ‘muka macam bab*’ di posting gambar anak Caprice.
Tidak berdiam diri, Caprice berkata, individu tersebut telah melakukan kesilapan yang besar apabila menyerang anaknya.
Silap ah kalau nak serang anak. Kau sabar jap dik. Full kronologi dalam IG stories. Anyways, sepatutnya semua pihak Bella, Ruhainies, Aliff, and Sarah berdamai dan settle esok pagi 11am dekat rumah cap selepas mereka mintak tolong cap hubungi masing-masing. Tiba-tiba ade pihak cancel dan sabotaj last minute. So di sini, cap tarik diri untuk tolong mereka.
Terdahulu, isteri Caprice iaitu Farah Inalis memberitahu dia tidak pernah bertanya mengenai apa-apa soalan berhubung Aliff Aziz, Bella Astillah, Ruhainies kepada suaminya.
Menurut Farah, dia tidak mahu mengambil tahu cerita toksik kesemua selebriti berkenaan. Bahkan, tiada sedikit pun ruang di dalam otaknya untuk menerima negativiti.