Seni bina campuran Islam telah menjadi topik perdebatan di kalangan netizen Malaysia baru-baru ini. Meskipun Malaysia kaya akan warisan seni bina yang mencerminkan kepelbagaian budaya, namun beberapa kalangan netizen cenderung menunjukkan sikap yang kurang cerdik dan memalukan terhadap seni bina campuran Islam.
View this post on Instagram
Begitulah yang terjadi selepas pempengaruh Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim berkongsi dia melawat International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). Seni bina ISTAC yang terletak di Bukit Tunku ini adalah campuran Islam dan Andalusia-Morocco. Ia merupakan institut ilmu tamadun Islam yang terletak di belakang Masjid Zabedah.
Tapi malangnya, gara-gara video itu, ramai yang kurang cerdik menganggap Ryzal masuk ke gereja.