Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Get Well Soon Faisal Halim’ – Persatuan Bola Sepak Thailand

    ‘Get Well Soon Faisal Halim’ – Persatuan Bola Sepak Thailand

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kejadian disimbah asid yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim begitu meruntunkan hati semua peminat sukan nombor satu negara itu.

    Bukan hanya di Malaysia, kejadian khianat yang menimpa tonggak utama Selangor FC ini turut mendapat liputan media antarabangsa.

    FA Thailand titip doa

    Terbaharu, Persatuan Bola Sepak Thailand (Thailand FA) turut menzahirkan rasa duka mereka terhadap kejadian yang menimpa Faisal ini menerusi satu ciapan dibuat di aplikasi X.

    Menerusi ciapan tersebut, pihak Thailand FA menitipkan ucapan semoga cepat sembuh buat Faisal yang ketika ini sedang mengalami kecederaan lecur tahap empat akibat simbahan asid tersebut.

    Skuad Thailand FA (Gajah Putih) ingin mendoakan agar pemain bola sepak Malaysia, Faisal Halim dan keluarganya segera pulih daripada kejadian yang menimpa mereka.

    Semoga rasa mengerikan yang dialami mereka dapat dilupakan.

    Di atas padang mereka adalah lawan, di luar padang kita berkawan. Kami tak sabar untuk berjumpa anda (Faisal) lagi di atas padang.

    Ciapan yang dibuat Thailand FA itu turut meraih perhatian dan rata-rata warga Malaysia menitipkan ucapan terima kasih buat mereka atas ucapan yang diberikan buat Faisal.

    Sekadar info, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

    Untuk rekod, kejadian khianat menimpa pemain bola sepak ini bermula apabila pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah disamun dan dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.

    ALSO READ:  Atok Umur 70 Tahun Lepaskan Nafsu Terhadap Budak 11 Tahun

    Terbaharu, pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Safiq Rahim pula menjadi sasaran apabila kereta miliknya diserang oleh dua individu dengan menggunakan tukul besi berhampiran Pusat Latihan JDT.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts