Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Thursday, July 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentGigih Berlatih Belajar Bercakap Bahasa Melayu, Leona Kini Dilamar Untuk Menjadi Pelakon...

    Gigih Berlatih Belajar Bercakap Bahasa Melayu, Leona Kini Dilamar Untuk Menjadi Pelakon Dalam Sebuah Drama

    -

    Shopee CNY Sale

    Selepas menyerlah sebagai pempengaruh sensasi, bakat lakonan Kasih Iris Leona kini diintai oleh syarikat produksi terkemuka, Zeel Production, yang berminat melamarnya untuk menjayakan sebuah drama bersiri.

    Berita baik ini dikongsikan oleh bapanya, pelakon veteran Azhar Sulaiman, yang mendedahkan bahawa beliau menemani anak bongsunya bertemu dengan pengarah dan penerbit, Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel.

    Azhar berkongsi melalui sebuah video di Instagramnya mengenai pertemuan tersebut yang diadakan untuk membincangkan projek drama bersiri yang bakal disiarkan di TV3.

    Dalam video tersebut, Leona, 22, kelihatan tekun mendengar perbincangan antara ayahnya dengan orang kuat Zeel Production itu.

    Sebelum ini, Azhar pernah memberi bayangan mengenai keinginan anak gadisnya untuk mencabar diri dalam dunia lakonan.

    Namun, kekurangannya dalam berbahasa Malaysia dan slanga Inggeris yang pekat membuatkan Azhar, 52, memintanya menangguhkan hasrat tersebut buat sementara waktu.

    Walau bagaimanapun, Azhar meletakkan syarat bahawa jika ada yang sanggup melatih anaknya dalam berbahasa Melayu, beliau dan isterinya, Chempaka Emalin, akan memberi lampu hijau kepada Leona untuk menceburi bidang lakonan.

    Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut teruja dengan perkembangan terbaru ini dan yakin bahawa Leona berpotensi untuk pergi jauh dalam bidang lakonan.

    Tidak kurang juga yang berharap agar Azhar dan anaknya itu dapat bergandingan dalam sebuah naskhah yang sama.

    Difahamkan, Leona kini masih menghabiskan cuti pengajiannya di London selepas kali terakhir pulang ke Malaysia pada September tahun lalu.

    Penglibatannya dalam dunia lakonan pastinya dinanti-nantikan oleh para peminat yang ingin melihat sejauh mana bakat dan karisma yang dimiliki oleh bintang muda ini.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,436FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts