Bekas isteri kepada pempengaruh dan usahawan Pizza, Jofliam iaitu Cik Epal, tampil memberikan serangan balas selepas memfailkan tuntutan permohonan maaf secara terbuka atau ganti rugi sebanyak RM1 juta terhadap terhadap Dewi atau Emira Delyati Dewi.
“Gila Tak Malu Perempuan Ni, Hamak Sangat Barang Aku Apehal….”
Cik Epal, menerusi hantaran di Instagram menyifatkan Dewi sebagai seorang wanita yang tidak mempunyai perasaaan malu dengan menggunakan barangannya yang berjenama mewah.
“Nasib baik la aku ni jenis merakam semua benda. Cuma upload ke tidak je la. Jangan buat damage control, pergi beli handbag sejibik macam handbad aku tu pulak hari today.
Jangan sentuh barang-barang aku la weyh. Gila tak malu perempuan ni. Hamak Sangat barang aku apehal.”-Berang Cik Epal
Dihalang Memasuki Kediaman
Tambah Cik Epal, dia kini tidak mempunyai akses untuk memasuki kediaman mereka selepas Jofliam dikatakan telah menukar access card.
“Tolong aku macam mana aku nak masuk rumah aku ambil semua barang aku? Duda aku dah tukar access card.
Duda aku dah cakap dekat guard jangan kasi aku masuk dan family aku masuk.
Tolong bagi idea dekat aku macam mana aku nak ambil semua barang aku balik?.
Dia yang mula dulu semua ni. Pastu bila dia kena, baru nak berdamai dengan takdir la apa lah.-tulis Cik Epal lagi
Semakin hari, semakin terserlah ‘tea’.Sama-sama nantikan sahaja. Apa komen anda?