Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGitaris Hujan AG Coco Hidap Penyakit Buah Pinggang Stage 3, Isterinya Sedih...

    Gitaris Hujan AG Coco Hidap Penyakit Buah Pinggang Stage 3, Isterinya Sedih Tak Dapat Teman Saat Diperlukan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gitaris kumpulan Hujan iaitu AG Coco kini sedang dirawat di sebuah hospital disebabkan penyakit buah pinggang tahap tiga.

    Perkara tersebut dimaklumkan oleh isterinya, Zuliana Eusoff menerusi Instagram yang memberitahu, suaminya akan menjalani pembedahan untuk menyahsekat batu karang yang menghalang aliran air kencing dalam buah pinggangnya.

    Suami saya akan menjalani prosedur minor Ureteric Stent Insertion (memasukkan alat melalui saluran kecil hingga ke pundi kencing) akibat batu karang.

    “Dia juga pada mulanya didiagnos dengan penyakit buah pinggang tahap tiga,” katanya.

    Dalam masa sama, Zuliana terkilan kerana tidak dapat menemani suaminya sepanjang menjalani prosedur tersebut kerana berada di London bersama anak lelakinya, Hidayat Hezry.

    “Sayu hati ini kerana saya dan anak berada beribu-ribu batu jauh semasa dia sangat memerlukan saya sekarang.

    Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu sangat mengharapkan doa buat kesihatan pemilik nama lengkap Mohd. Hezry Mohd. Hafidz itu.

    Saya menghargai sekiranya kalian mendoakan kestabilan dan pemulihan.

    Difahamkan, AG Coco kini sudah melengkapkan tiga pembedahan sepanjang berada di hospital selama satu minggu.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts