Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGoogle Lancar Advertising Revenue Lab Malaysia Untuk Perkembangan Berita Digital Dalam Negara

    Google Lancar Advertising Revenue Lab Malaysia Untuk Perkembangan Berita Digital Dalam Negara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat iaitu Google telah pun mengumumkan pelancaran Advertising Revenue Lab Malaysia Google News Initiative yang turut disokong oleh Kementerian Komunikasi.

    Dapat sokongan Kementerian Komunikasi

    Program komprehensif ini direka bagi memperkasakan lagi penerbitan berita bersaiz kecil dan sederhana di Malaysia sekaligus melengkapkan bilik berita tempatan dengan alatan dan pengetahuan untuk berkembang maju dalam landskap media yang sedang berkembang.

    Untuk makluman, Advertising Revenue Lab Malaysia merupakan tambahan terbaharu kepada siri program Google News Initiative (GNI) yang bekerja dengan penerbit dari semua saiz secara langsung untuk meningkatkan keupayaan pengiklanan digital mereka dan memupuk model perniagaan yang mampan.

    Program ini akan menumpukan kepada penyediaan latihan teknikal dan produk, serta sokongan praktikal untuk mengoptimumkan laman web, meningkatkan penglibatan khalayak dan meningkatkan hasil pengiklanan.

    Dengan mengambil bahagian dalam Advertising Revenue Lab Malaysia, bilik berita akan memperoleh cerapan dan strategi yang berharga untuk mengembangkan hasil pengiklanan digital mereka, memastikan penyampaian berterusan berita yang berkualiti tinggi kepada komuniti di seluruh Malaysia.

    Menurut Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil dengan adanya program ini, ia sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi kemampanan media di dalam negara.

    Kementerian Komunikasi mengalu-alukan dan menghargai inisiatif Google untuk meningkatkan kemampanan media di Malaysia. Kerjasama ini menandakan peristiwa penting bagi industri berita Malaysia.

    Dengan melengkapkan penerbit berita dengan alatan dan kepakaran digital yang penting, kami percaya bahawa model perniagaan mereka boleh dipertingkatkan, memastikan ekosistem berita tempatan kekal pelbagai, lebih mampan dan berkembang maju.

    Sementara itu, Rafiq Razali selaku Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, yang telah membantu Kementerian Komunikasi dalam projek yang berkaitan dengan industri penerbitan berita memaklumkan bahawa “pelancaran Advertising Revenue Lab Malaysia oleh Google telah menandakan satu perkembangan yang sangat positif untuk media Malaysia kerana ia memperkasakan penerbit untuk mengoptimumkan plaorm digital mereka dan mengukuhkan strategi pengiklanan mereka.

    Inisiatif ini mencerminkan dedikasi berterusan Google terhadap inovasi dan menyokong internet percuma dan terbuka.

    Kami yakin inisiatif ini akan membuka jalan untuk masa hadapan yang cerah dan mampan untuk pencipta berita dan kandungan di seluruh negara, membuka peluang baru untuk industri media Malaysia dan memupuk ekosistem digital yang berkembang maju yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pengguna kandungan.

    Sementara itu, Pengarah Urusan, Perkongsian Berita, Google Asia Pasifik, Kate Beddoe, turut teruja untuk melancarkan Advertising Revenue Lab bagi membantu semua penerbit berita Malaysia untuk menyesuaikan diri dalam membina perniagaan yang lebih mampan.

    ALSO READ:  Aizat Saha, Pelakon Muda yang Bermula dengan Video POV di TikTok dan Sekarang Bergelar Idola, Menginspirasi Bront Palarae

    Begitu juga dengan Pengarah Negara untuk Google Malaysia, Farhan S. Qureshi yang sangat yakin bahawa program baharu itu akan membantu penerbit berita Malaysia berkembang maju dalam era digital ini dengan menyediakan alatan dan latihan kepada mereka serta membantu memastikan masa hadapan kewartawanan di Malaysia.

    Sekadar info, Advertising Revenue Lab Malaysia mewakili satu langkah penting ke arah memperkasakan penerbit tempatan dan memastikan kewartawanan yang berkualiti sentiasa boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts