Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGOOGLE Senaraikan 10 Destinasi Paling Ramai Dicari Oleh Rakyat Malaysia Untuk Percutian...

    GOOGLE Senaraikan 10 Destinasi Paling Ramai Dicari Oleh Rakyat Malaysia Untuk Percutian Musim Panas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Matahari sedang bersinar, suhu sedang meningkat – ini menandakan permulaan percutian musim panas!

    Jika anda sedang mencari inspirasi untuk destinasi percutian anda yang seterusnya, anda hanya perlu mencarinya di Google Flights – alat yang boleh membantu anda meneroka destinasi dan menjejak harga untuk mencari dan menempah penerbangan anda yang seterusnya.

    10 destinasi teratas untuk rakyat Malaysia

    Google telah menganalisis destinasi yang menyaksikan jumlah pertanyaan tertinggi di Google Flights untuk bulan Jun hingga Ogos 2023. Berikut 10 destinasi teratas di Carian Google Flight.

    1. Tokyo, Jepun

    2. Bangkok, Thailand

    VIA Airbnb

    3. London, United Kingdom

    VIA hotels.com

    4. Taipei City, Taiwan

    VIA traveloka

    5. Denpasar, Indonesia

    VIA Indonesia Travel

    6. Kota Kinabalu, Malaysia

    VIA zublu

    7. Langkawi, Malaysia

    VIA wikipedia

    8. Seoul, Korea Selatan

    VIA Money ID

    9. Kuala Lumpur, Malaysia

    VIA Pick Yourtrail

    10. Osaka, Jepun

    “Dengan munculnya kembali keinginan melancong dalam kalangan para pelancong, Google Flights memberi kami gambaran tentang tempat-tempat yang difikirkan oleh rakyat Malaysia sempena cuti musim panas mereka yang akan datang. Kami mendapati bahawa para pelancong lebih sukakan destinasi APAC, dan destinasi teratas mereka adalah Tokyo, Jepun. Malah, daripada sepuluh destinasi teratas, 9 berada dalam APAC dan tiga daripadanya adalah domestik,” kata Nick Drew, Ketua Industri Pelancongan, Google Malaysia.

    Masa terbaik untuk menempah penerbangan anda dari Malaysia

    Satu soalan yang sering berada dalam minda semua orang – bilakah masa yang terbaik untuk menempah sebuah penerbangan? Dengan melihat data harga sejarah di Google Flights untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia, kami mendapati bahawa harga biasanya paling rendah dalam tempoh 4 hingga 5 bulan, dengan purata harga menurun 139 hari sebelum berlepas.

    “Tetapi, perlu diingatkan bahawa corak ini mungkin tidak tepat untuk laluan khusus pelancong, jadi perancangan dan tempahan awal biasanya merupakan idea yang baik. Dengan Google Flights, para pelancong boleh menetapkan notifikasi harga supaya mereka boleh dimaklumkan apabila harga penerbangan yang mereka minati turun ke bawah paras harga tertentu, dan ini boleh membantu menjimatkan sedikit wang tambahan yang boleh dibelanjakan semasa mereka melancong,” tambah Nick Drew.

    Asia merupakan destinasi “panas”

    Jika anda terfikir untuk pergi ke destinasi yang berbeza dari rakyat Malaysia yang lain, ini merupakan destinasi teratas yang dicari oleh pelancong Asia Pasifik: Jepun, Thailand, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Korea Selatan. Populariti negara matahari terbit tidak dapat dinafikan, selepas ia muncul 22 kali dalam senarai sepuluh teratas negara yang kami kaji, dan menduduki tempat teratas dalam tujuh daripadanya!

    ALSO READ:  Hari Raya Aidilfitri Fahrin Ahmad Berbeza Tanpa Ibu Tercinta, ‘Repeat’ Semula Baju Melayu Koleksi 10 Tahun Dulu

    Dengan Jepun, Thailand dan Korea Selatan menduduki lima tempat teratas, tidak hairanlah Asia Pasifik merupakan rantau teratas untuk para pelancong – 70% daripada destinasi yang ingin dilawati oleh mereka pada musim panas ini berada dalam rantau ini. Daripada jumlah ini, satu pertiga adalah ke Asia Tenggara, dengan Bangkok muncul sebagai bandar teratas, diikuti oleh Bali dan Singapura, satu tanda bahawa para pelancong menantikan pantai yang cerah, bandar yang meriah dan makanan yang menakjubkan.

    Tempat-tempat popular untuk dikunjungi dalam Malaysia

    Selain daripada perkunjungan pada musim panas, data kami juga mendapati perjalanan masuk teratas pada suku pertama 2023 – lawatan bukan pemastautin ke Malaysia adalah dari Singapura, Australia dan Indonesia. Dan jika anda tertanya-tanya ke mana mereka hendak pergi, ia mungkin salah satu tempat berikut: Pantai Pengkalan Balak di Melaka, pantai tempatan yang popular untuk percutian pendek, Taman KLCC, tempat rekreasi popular untuk orang tempatan dan para pelancong, atau Muzium Negara untuk mempelajari sejarah dan budaya Malaysia – kesemuanya merupakan kunjungan yang ideal jika anda memikirkan untuk bercuti secara domestik.

    Teruja untuk membuat rancangan percutian sekarang setelah mendapat inspirasi? Anda boleh semak di Google Flights  sekarang.



    Credit: Jalan-Jalan – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts