Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian menerusi sesi siaran langsung yang dilakukannya di TikTok, baru-baru ini.
Nak ‘like’ banyak macam Fattah Amin
“like bagi lah 1 Juta, Fattah Amin je korang bagi ?” – Siti Nurhaliza
Siti masak pun 10K / penuh Stadium menengoknya.. Siti punya “rasa” tu kan, macam semangkuk terus ?
Tahniah Siti, 1 JUTA LIKE di Live TikTok pic.twitter.com/E0Z1Z1Ua1W
— ?? ? ? (@BAD_ARSILA) October 31, 2024
Menerusi aplikasi X, seorang pengguna yang dikenali sebagai @Bad_Arsila memuat naik rakaman video sesi siaran langsung Siti sedang menyediakan juadah bihun goreng buat tetamu yang hadir ke kediamannya.
Apa yang menghiburkan ialah, Siti yang mesra disapa TokTi berseloroh mahu merajuk dan tidak mahu meneruskan sesi siaran langsung kerana hanya meraih tanda suka (like) yang sedikit daripada penonton.
Merajuk lah macam ini, tak nak lah buat ‘live’.
Ramai juga yang tengok ya, ‘like’ itu bagi lah satu juta.
Fattah Amin ja korang bagi. Dia tengah popular weh.
Di akhir perkongsian tersebut, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin meluahkan rasa teruja selepas berjaya meraih lebih satu jatu ‘like’ daripada penonton.
Pelantun lagu ‘Wajah Kekasih’ kemudiannya menamatkan sesi siaran langsung beberapa ketika kemudian kerana mahu melayan tetamunya yang hampir tiba.
Wah dah dapat satu juta ‘like’. Terima kasih tau korang.
Okay lah bye semua, Datuk K pun dah siap, saya ada tetamu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan mereka terhibur melihat gelagat TokTi yang begitu mesra melayan para peminatnya menerusi alam maya di media sosial.