Entah kenapa trafik di bulan Ramadan lebih sesak daripada biasa, mungkin sebab semua orang pun nak cepat sampai ke rumah untuk buat persiapan berbuka bersama tersayang.
Tapi, kadang-kadang itu bila dah lama sangat dalam trafik nak singgah beli barang dapur untuk masak pun dah tak sempat kan? Sampai rumah pun ngam-ngam dah azan maghrib, kelam-kabut jadinya..
Selesaikan masalah korang dengan GrabMart, 30 minit barang dah sampai!
Tak perlu pening-pening lagi, sekarang korang boleh pesan je barang keperluan rumah melalui GrabMart! Ada macam-macam pilihan pasaraya dan kedai barangan runcit untuk korang pilih.
Nak beli teh, roti, sayur atau apa-apa pun lah, semuanya tersedia di GrabMart. Korang tinggal pilih je apa yang korang perlukan dan tunggu penghantaran terus ke depan pintu rumah korang.
Haa. Mudah kan? Klik-klik je dekat telefon korang kemudian boleh fokus buat kerja rumah lain sementara tunggu barang pesanan korang sampai.
Masa penghantaran pula, adalah sekitar 30 minit sahaja! Wah.. Wahh.. Memang senang kerja! Tak adalah korang terkejar-kejar nak masak untuk berbuka.
Raya nanti kalau tak sempat nak sediakan buah tangan buat tersayang, korang pun boleh kirim hamper melalui GrabMart je.
Hanya pilih hamper yang bersesuaian dan kemudian hantarkan terus ke alamat si penerimah. Settle!
Nikmati diskaun RM8 untuk pesanan keperluan Ramadan
Selain penghantaran yang super cepat, korang juga berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga RM8 buat setiap pembelian RM80 (minimum) dalam satu pesanan menerusi GrabMart.
Haa.. Dah lah korang tak perlu keluar rumah, jimat minyak dan masa lepas itu dapat pula diskaun lagi. Memang berbaloi-baloi! Paling best, diskaun ini ditawarkan sepanjang Ramadan tau 🙂
Jika korang merupakan pelanggan GrabUnlimited korang lebih beruntung sebab korang layak untuk menebus penghantaran percuma! Ini barulah dinamakan penjimatan sebenar!
Pertama kali nak gunakan GrabMart? Ada diskaun RM10 menanti korang!
Istimewa buat pelanggan baru yang belum pernah buat pesanan di Grabmart, korang layak untuk menebus diskaun RM10 dengan menggunakan kod New2Mart.
Macam mana nak guna? korang hanya perlu masukkan kod tersebut di bahagian akhir pesanan sebelum pembayaran.
Lepas ini, gerenti korang tak kelam-kabut lagi kalau tak sempat nak beli barang dapur. Buka je aplikasi Grabmart dan enjoy shopping barangan dapur di hujung jari!
Untuk sebarang maklumat lanjut dan promosi terkini Grabmart, korang boleh ikuti laman Facebook dan Instagram mereka.